Assalamualaikum wbt...
Entri ini khas untuk dua orang wanita istimewa dalam hidup aku...seorang yang telah melahirkan aku ke dunia ini dan seorang lagi yang telah menjaga aku dengan cukup baik sehingga ke hari ini. Merekalah ibuku dunia akhirat.
Tapi, pada 4 April yang lalu, ibu yang telah melahirkan aku ke dunia ini telah pergi buat selama-lamanya. Aku redha dengan pemergian ibu yang aku panggil maktua. Beliau pergi dalam keadaan tersenyum. Moga mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn..
Sejak kecil, aku dijaga oleh Mak iaitu adik kepada mak kandungku. Ye..sejak kecil sehingga hari ini sebab Mak hanya ada seorang anak lelaki. Aku anak yang ke-11. Ramai kan..hehe. Tapi kalau Mak tak ambil aku, adik Mak yang paling bongsu (Acu) akan ambil aku sebab beliau pon ada seorang anak lelaki pada masa tu. Tiba-tiba Acu mengandung lagi, jadi aku confirm diambil oleh Mak aku sekarang.hehe. Kalau tak aku jadi budak KL la nampaknya sebab Acu tinggal di KL. hihi.
Jadi aku lebih rapat dengan Mak. Kami tinggal di Kuala Pilah. Maktua dan ayahtua di Johol. Tak la jauh mane. Syukur, Mak dan Ayah anggap aku macam anak sendiri. Aku sangat bersyukur dapat mereka sebagai ibu bapaku. Mak tak berapa nak suka nak mekap-mekap ni. Dia cuma suka pakai produk-produk untuk memutihkan muka. Comel je, hehe. Selalu la aku kongsi pakai dengan dia, Tapi Mak ni superwoman. Kenapa aku cakap superwoman?
Sebab..Mak reti buat keje-keje yang biasanya lelaki buat. Contohnya, mak reti pakai mesin rumput. Dia belajar masa arwah ayah sakit dulu sebab dia tak boleh tengok rumput panjang, hehe. Dia jugak reti pakai pam racun dan bertukang sikit-sikit.hihi. Dan yang paling aku kagum..Mak boleh pandai buat sesuatu tu dari tengok orang buat je. Contoh macam masakan ke..kuih raya ke..Takde masuk-masuk kelas atau tengok buku :)
Sempena Hari Ibu ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu-ibuku dan juga semua insan bergelar ibu :)
No comments:
Post a Comment