Assalamualaikum wbt...
Aku ada info berguna untuk dikongsi bersama pembaca blog. Ini berkaitan bubble/pearl tea. Aku memang peminat tegar bubble tea tau. Di UiTM dulu, boleh kata hari-hari aku akan beli bubble tea. Memang addicted la..lagi-lagi perisa mocha dan chocolate! Ummm yummy :)
[sumber gambar] |
Tapiiii baru-baru ni tapiocca ball/pearl dari Taiwan dikesan mengandungi maleic acid. Ada apa dengan cinta maleic acid??
Maleic acid adalah sejenis bahan yang tidak dibenarkan ditambah dalam produk makanan. Kehadiran maleic acid dalam makanan disebabkan oleh penggunaan kanji bergred industri yang didakwa boleh meningkatkan kekenyalan produk makanan.
Berikut adalah antara produk yang tercemar dengan maleic acid:
1. Tapioca Ball daripada syarikat Sunright Corporation, Taiwan
2. Tapioca Starch daripada syarikat Hong Kai Foods Co., Taiwan
3. Black Tapioca Pearls daripada syarikat Possmei International Co Ltd, Taiwan
4. Indica Rice Powder daripada syarikat Sunright Foods Corporation., Taiwan
5. Tapioca Pearls daripada syarikat Shang Wang, Taiwan
6. Tapioca Starch Ball daripada syarikat Grand Chainly Enterprises Co. Ltd, Taiwan
7. Tapioca Pearls daripada syarikat Ting Long, Taiwan
8. Noodles daripada syarikat Sin Chi Zhi Miang Chang, Taiwan
9. Tapioca Pearls daripada syarikat An Li Si, Taiwan
10. Tapioca Pearls (White) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd, Taiwan
11. Tapioca Pearls (Black) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd. Taiwan
Kesan maleic acid kepada manusia:
Pengambilan maleic acid yang sekali sekala pada paras rendah adalah tidak memudaratkan kesihatan. Tapi pengambilan pada paras yang tinggi dalam jangka masa yang lama berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Tapi setakat ini pemantauan di pintu masuk mendapati produk tersebut tidak diimport ke Malaysia. Pada masa yang sama Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak Taipei Economic and Culture Office di Malaysia..
(Sumber: Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan )
NotaKaki: Untuk maklumat lanjut sila klik link di atas
10 comments:
rasanya adalah 2 kali kot minum bubble tea ni...lepas tu x pernah lagi... sebab x derlah craving sangat...biasa2 jer akak rasa...he he he...
buble tea tu minuman ka or yang pearl tu?.. selalu ja makan pearl dalam col blog..
Banyak kali gila minum. Rasa teringin je beli, teringin je beli. Hiiii
nasib baik xminat sgt bubble tea ni.. hihihih
Hehe..bagusla ramai yang tak craving sgt bubble ni. Tapi kalo yang minat pun still ok, cuma perlu hati2. Setakat ni xde lagi diimport ke Malaysia. Insyaallah selamat.
@hana hadi bubble tea tu minuman yang ade letak bubble/pearl tu. Zai memang suka yang ada letak pearl, lg banyak pearl lagi Zai suke..hehe
@Rara Nasiha Aah samela kite, Zai pun macam tu. cuma skrg dah xde sgt. Dulu kat UiTM boleh kata hari2 minum.hihi
ye betul madam pun ada terdengar berita pasal ni...
anis kt uitm pn suke air tu tp xletak bubble. anis tgk pn geli hee
Post a Comment