Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, January 20, 2015

Bulan Baru, Tahun Baru

Assalamualaikum wbt....



Apa khabar blogger-blogger gigih sekalian? Kalau sihat, alhamdulillah. Zai? Tak berapa sihat sekarang ni. Kena chicken pox. Huhu. Dah tua-tua ni baru nak kena chicken pox. Wah, memang meriah la satu badan ni diserbu peminat chicken pox kan!

Mengikut bacaan aku, orang dewasa yang kena chicken pox lagi teruk berbanding kanak-kanak. Lagi banyak. Rasenye ye lah kot. Aku tak pernah kena masa kecik, so tak tau lah macam mana budak-budak kena chicken pox. Hari ni hari ke-9 aku kena. Dah 9 hari la tak kerja. Rasenya dalam 2-3 hari lagi boleh la kerja sebab dah hampir baik. Cuma ada beberapa kawasan yang masih lagi dijajah. Jahat betul Varicella Zoster nih! Hahaha.


Ni lah antivirus yang diberi nama Aciclovir. Menurut doktor, Aciclovir ni bagus kerana mempercepatkan segala cucu cicit chicken pox ni keluar. Kena makan 2biji 5kali sehari. Lelah! Tapi aku stop ambil ubat ni pada hari ke4 sebabnya Aciclovir ni macam tak sesuai untuk aku. Aku perasan setiap kali lepas aku makan ubat ni badan aku mesti panas tetiba. Lepas tu suhu dia macam taknak turun-turun. Aku kena makan panadol barulah suhu aku turun dan keluar peluh sebanyak-banyaknya macam la aku baru lepas marathon lari. Mula-mula aku ingatkan demam aku tu berpunca dari chicken pox ni. Tapi lepas aku stop makan ubat tu aku tak demam langsung dah!

Macam-macan betul jadi kat aku. Tu aku tak cite lagi satu hal. Takpe itu aku simpan sendiri. Tak penting pun. Hehehe. Baru-baru ni kecoh pasal Granny Smith dan Gala apple dari US yang dijangkiti Listeria monocytogenes kan? Rupanya dalam peti sejuk aku ada apple Granny Smith tu. Hampeh. Nasib baik tak abis aku makan. Ada lagi 3 biji. Sekarang aku dah lupuskan apple-apple itu. Aptb.




Dah, stop cite apple tu. Aku nak bagitau ni aku dapat interview spa, 29 Jan 2015. Jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41. Doakan aku ye kawan-kawan! Aku nak pi study ni. Bye! Hehe



Monday, December 29, 2014

Wahai Bumi Telanlah Airmu, Wahai Langit Berhentilah Dari Curahan Hujanmu...


Assalamualaikum wbt......

26/12/2014 (Jumaat) – Dalam berapa hari ni Zai pergi kerja berhujan, balik kerja pun berhujan. Inilah nasib penunggang motosikal macam Zai. Redha ajelah.


Tapi hujan kali ni lebih dahsyat sebab beberapa kawasan di Kuala Pilah ditenggelami air akibat hujan yang tak berhenti-henti. Sepanjang perjalanan balik kerja, kiri kanan banjir. Air Sungai Kuala Pilah naik dan menyebabkan rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai contohnya dekat depan Masjid Jamek dan Kg.Sawah Lebar dinaiki air. Begitu juga di kawasan Senaling, Selaru, depan Giant, dan Ulu Bendul.






Sumber gambar: Facebook Kuala Pilah Group



28/12/2014 (Ahad) - Kapal terbang Air Asia QZ8501 (Surabaya-Singapore) dilaporkan hilang. Last contact 7:24 am. Kejadian ni beberapa bulan selepas tragedi MH17. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk QZ8501 dan tak lupa juga untuk MH370. 






Wednesday, November 12, 2014

Katakan Saja Kau Rindu?!....

Assalamualaikum wbt...



Ya Allah lamenya Zai tak update blog!. Winduuuu... Kalau boleh diukur, lebih daripada 200% tau! Hahaha. Apa khabar cik blog? Apa khabar kawan2 blogger? Sorry..dah lama tak blogwalking. Entah apa yang disibukkan pun tak tau lah. Duniawi...duniawi. Hahah.

Bukan blog je yang terabai sejak beberapa bulan ni, tapi hobi membaca pun turut terjejas. Adoii! Ada banyak sangat buku dalam simpanan yang masih belum dibaca tau. Buku-buku yang dibeli masa Big Bad Wolf, Seremban aritu pun tak berusik lagi. Novel-novel yang dibeli sebelum tu pun sama. Tetiba rasa bersalah yang amat dasyat, sama macam perasaan sebaik saja balik dari shopping sakan. Haha. Faham tak perasaan tu?

Dan sejak mula mengenali novelis Acik Lana (memang sebelum ni tak pernah dengar dan baca novel beliau), maka Zai telah mengidam nak dapatkan novel Acik. Baca reviews dari blog dan Goodreads, rata-rata bagi good feedback keatas semua novel-novel Acik. Ah sudah! I don’t have enough money utk beli semua novel-novel tu!. Takpe..takpe, kita pilih 2 novel je dulu. Dari reviews2 yang Zai baca, ramai yang suka Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS).




    “Pelangi Cinta Buat Suami adalah novel Acik Lana yang PALING best!!”

And few comments yang serupa..so, masuklah PCBS dalam wishlist. At the same time terbaca post dekat FB group Acik, akak Lina Rosli bukak order semua novel2 Acik (kecuali novel Perempuan Yang Paling Aku Cinta-sebab Limited Edition). Part paling best, dapat novel sekali dengan sign Acik. Wow! Dan akhirnya, Aku order PCBS dan Akadku Yang Terakhir (AKYT).



Kebetulan cuti jumaat lepas, Zai pun mula la baca PCBS. Memang Wow! Acik dapat buat Zai terus membaca sampai habis. Satu hari je boleh habiskan novel PCBS yang boleh tahan tebal, 823 m/s. Zai suka Imanina yang selamba dan kuat semangat, Qalif yang panas baran tapi sebenarnya adalah lelaki yang sangat romantik asalnya.

Bayangkan Imanina (Nina) jatuh cinta dengan Tengku Qalif (TQ) hanya melalui diari TQ yang ditulis sepanjang perjalanan cinta antara TQ dan arwah isterinya, Liyana. Nina kenal siapa TQ melalui luahan TQ dalam diari tu. Nina mahu mengembalikan TQ kembali menjadi lelaki seperti dalam diari dan dia mahu jadi wanita sebertuah Liyana. TQ pulak panas baran dan seakan menyalahkan takdir atas kematian Liyana. Yelah, Liyana meninggal masa honeymoon diorang. Bayangkan.....huhu


TQ masa tu dah macam mayat hidup. Terperuk je dalam bilik. Pertemuan dia dengan Nina pun berlaku masa Nina datang kenduri tahlil kat rumah TQ dan masa datang hantar baju Mama TQ. Itupun, Nina asik kena tengking je dengan TQ. Tiba-tiba Nina offer diri untuk jadi isteri TQ. Memang mengamuk sakan la mamat tu! Tapi sebab tercabar, TQ setuju dengan perkahwinan diorang.

Bermulalah jalan-jalan penuh liku Imanina mengejar cinta suami sendiri (banyak part2 best mase ni...nak tau kena baca lorh) Dan akhirnya bila dia mula mengecap bahagia, TQ pulak outstation ke Myanmar. Pada masa sedang bercakap dengan Nina melalui Skype, ada lanun yang menyerang dan menembak Qalif. Ya Allah, masa ni Zai sendiri pun dapat rasa apa yang Nina rasa waktu tu.

Sampai sekarang Zai still terbawa-bawa dengan perasaan sedih Imanina yang kehilangan Tengku Qalif selama 4 tahun. Semua orang cakap yang TQ dah jadi arwah. Lanun tu tembak TQ dan buang dalam laut. Tapi Imanina tak percaya dan terus setia menanti TQ (walaupun kesetiaan tu hampir je nak goyah, hihi). Bila orang jumpa TQ dan bawa balik Malaysia, tapi Tengku Qalif dah jadi macam orang lain. Hilang ingatan pulak tu! Aduhh...

Cuma kecewa sikit sebab di pengakhiran cerita Zai harap sangat TQ dapat balik ingatan dia. Tapi takpelah janji TQ dah berubah dan mula menerima Nina & Humaira.

Apa-apapun Zai bagi 4.5/5 stars untuk PCBS! Yeah, memang best! Tak rugi beli.


Percayalah kasih... kesetiaan ini, kesetiaan yang tak kau duga. (sukanya ayat ni! Hehe)




Wednesday, April 9, 2014

Customer Oh Customer! Part 1

Assalamualaikum wbt...good morning!



Alhamdulillah, tempat Zai boleh kata setiap petang hujan. Rasanya tempat lain pun hujan jugak kan? Ada baca dekat surat khabar aritu yang mana depa kata bulan 4 ni akan selalu hujan. Bila dah hujan ni harap-harap air dekat empangan tu penuh. So that tak payah catu-catu air lagi. Kesian dorang yang kena catu air ni. Sabar lah ye..

Dalam entri <<Random Things>>, Zai dah bagitau kan yang Zai keje kedai kasut. Sepanjang Zai keje kat sana, macam-macam kerenah atau pe'el pelanggan yang Zai dah jumpa. Well, tak kisah la baik atau buruk..semua ni pengalaman berharga untuk Zai. Dan dalam pada melayan kerenah dorang, Zai dapat mengklasifikasikan jenis-jenis pelanggan kepada beberapa jenis. Amboiiii sukati je kan. Haahahaha

Mari kita lihat kategori atau jenis pelanggan yang datang untuk membeli kasut. Then, boleh la decide awak tergolong dalam kategori mana, ok! Jangan amik hati pulak naaaa, ceq buat entri ini just for fun. Takdaq kaitan dengan mana-mana individu, samada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Boleh ehh?? Alaaaa sporting la sikit. Kalau nak baca Blog Perempuan Kampung Moden ni kena sporting. Kalau cepat sentap nanti cepat tua. Heeeeeee...gurau-gurau je. Peace!

1. Discount-type-customer

Pelanggan jenis ini hanya akan masuk ke kedai bila mereka terlihat poster dibawah

Dan mereka lebih mengharapkan keajaiban berlaku bila mana satu hari yang indah, mereka akan terlihat poster dibawah


Tapiiiiiiiii...wahai pelanggan yang dikasihi sekalian. Haruslah diingat bahawa, tak semua kasut ada discount bila anda terlihat poster 50% off. Perhatikan betul-betul dimana terletaknya poster itu. Kalau terbeli kasut yang takdaq discount sapa yang rugi dan kuciwa??? Anda juga...hehehe


2. Manja-type-customer

Alololo bushuk-bushuk! Ape yang aku mengarut ni. Haha. Dapat agak tak manja macam mane?? Macam ni, ada pelanggan jenis ini suka bertanya lagi dan lagi berkenaan harga kasut. Walhal harga setiap kasut telah ditampal dibawah atau ditepi kasut itu. Kecuali lah harga kasut tu takde sebab tertanggal dan sebagainya. 

Dan kami (sales assitant) ni tak kesah pun kalau yang bertanya itu makcik-makcik, pakcik-pakcik, atuk-atuk, uwan-uwan. Sebab ape?? Sebab kita paham sangat yang mereka kurang nampak. Tapi pelanggan yang masuk dalam kategori manja ni adalah mereka yang muda belia dan mata pun pasti lebih terang. Tak gitu? Saje je nak manja-manja dengan weolls kan. Hahahahahaha


3. Layan diri-type-customer

Customer jenis ini paling interesting. Nak tau kenapa?? Sebab diorang ni.....ermmmmm taktau nak cakap lagu mana....bila dilihat secara positif golongan ini menyenangkan tugas kami. Dan bila dilihat dari sudut negatif mereka ni nampaknya menyusahkan kami. Opppsss. Hehe


Sorry lukisan huduh! haha

Ada certain kasut kita display kat tengah, especially yang ada promotion. Jadi bila dok tengah alam tu kita susun la kotak kasut kat situ nak bagi penuh meja display. Lagipun, stor kat dalam tu dah penuh sampai takde tempat nak letak lagi dah.

Tapiiii...ade customer ni depa terlebih rajin. Depa pi carik kasut sendiri. Selongkar kotak-kotak kasut yang ada kat tengah tu ibarat kedai kasut ni mengamalkan konsep layan diri. Hahahaha. Zai nak gelak ada nak marah pun ada ni. Ya Allah berilah aku kesabaran yang cukup tinggi!

Padahal kan setiap jenis kasut dah ada display. Pilih je nak kasut mana dan saiz apa. Tahu lah kami nak pi carik kat ceruk mana. Nanti kalau silap letak ke apa kan dah susah kami nak cari. 


Okla...sampai sini dulu, nanti ada masa Zai sambung lagi. Part 2. Hehehe.




*****************************

Keep on praying!



Wednesday, April 2, 2014

What Is Your Favourite Colour??

Assalamualaikum wbt....


Hai blogger-blogger tegar sekalian!! Eh eh buat entri baru la arini...ape cer?? Question Ehemmmmm..Zai pun nak jadi blogger tegar jugak   Propeller hihihi.


Satu ketika dulu, ada kawan-kawan yang tanya, Zai ni minat colour purple ke?? Mati-matian Zai katakan TIDAK! Sebab Zai punya fav colour adalah biru sejak dulu. Kawan Zai pun hairan lagi musykil sebabnya hampir semua barang Zai adalah berwarna purple. Dari cadar katil, alas meja, beg laptop, bla bla bla sampailah ke selipar jamban warna purple. Zai boleh kata lagi, itu semua kebetulan jerrr. Hahahaha

Tapi laaaa ni, Zai mengaku la purple is my fav colour. Baru realize kawww. Hahaha ape daa. Tapi nampak cam ego pulak dulu kan. Tapi takpelah, nak buat macam mane. Serius memang Zai tak realize sejak bila Zai beralih arah dari biru ke purple.

Tadi saje google personaliti mereka yang suka colour purple ni. Berikut adalah summary untuk colour purple.

If purple or violet is your fav colour;


You have a deep need for emotional security and to create order and perfection in all areas of your life, including your spiritual life. You also have a deep need to initiate and participate in humanitarian projects, helping others in need.


Untuk lebih lanjut, mereka yang suka warna purple ni adalah:

  1. Sensitive and compassionate, understanding and supportive, thinking of others before yourself - you are the person others come to for help - being needed motivates you but sometimes people take advantage of you.
  2. You have a peaceful and tranquil quality and a quiet dignity about you. People are drawn to your charismatic and alluring energy.You are usually introverted rather than extroverted and may give the impression of being shy although this is not the case.
  3. You are creative and like to be individual in most of your endeavors, including your dress and home decoration - you love the unconventional.
  4. You are idealistic, and often impractical, with a great imagination, dreaming of a future in an ideal fantasy world where you exclude the ugly side of reality - you tend to look at life through rose-colored glasses. People who don't understand you sometimes think you are eccentric because you spend so much time in your fantasy world.
  5. You inspire others with your creative thinking and your ability to deal positively with adversity.
  6. You are very intuitive and quite psychic or at least interested in spiritual growth or the occult - you seek spiritual fulfillment. You look for the meaning of life.
  7. You are a generous giver, asking for little in return except friendship.
  8. You can be secretive, with even your closest friends not really knowing you well.
  9. If you constantly surround yourself with too much purple you can become moody. If this is the case, balance the purple with some magenta.
  10. You dislike responsibility and have difficulty dealing with real day-to-day problems.
  11. You dislike being part of the crowd, wishing to stand apart from the mob - you like to be noticed for your individuality. You don't like to copy others and you don't like them to copy you.
  12. You are a visionary, with high ambitions, dreams and desires, and a compulsion to help humanity and to improve the planet earth. You often hold positions of power because you are visionary, but you delegate to others all the minor details that you aren't interested in.
  13. With a personality color purple you like to have the best of everything, so you aim high.
  14. Being the free spirit you are, you love to travel to experience different cultures and meet new people.
  15. You are a good judge of character and sum others up quite quickly and accurately, although you usually see the best in everybody.
  16. Time means little to you and you are often late for everything. You trust the flow of the Universe to take care of everything.
  17. You need to be careful not to take on too many projects at a time as you can become quite scattered in your thinking, resulting in stress and confusion.
  18. Meditation is a good activity for you to help you become centered and balanced.
  19. You can sometimes appear arrogant and conceited if operating from a negative perspective.
  20. You can be selfish and self-indulgent as you don't like being imposed upon by others beliefs and regulations.
(sumber: www.empower-yourself-with-color-psychology.com/)

Huhu..mostly betul tapi ada jugak yang tak betul, terutama tentang lambat tu. Zai quite punctual tau. Hahahaha.



Kalaulah...kalaulah..ada org nak bagi. Huhuhu


*********************************************

Don't forget to pray for MH370





Monday, March 31, 2014

Random Things...

Assalamualaikum wbt...


Syukur alhamdulillah masih diberi peluang hidup diatas muka bumi ini lagi dan syukur juga masih sempat update blog sebelum berakhirnya bulan Mac. Err, apa khabar blogger-blogger gigih semua? ^_^


Entri kali ni Zai nak recap sikit tentang segala hal yang berlaku sekitar bulan Mac. Kalau perasan la kan, entri terakhir Zai <<Tutorial Simple Yet Sweet Hijab Style>> adalah pada bulan lepas. Itu lah satu-satunya entri untuk bulan lepas. Haha. Apa yang korang nampak? -Blogger Pemalas???Dush-dush Mallet . Sampai hati pikir macam tu. Huhuhu T_T. Malas tu ada la sikit...kihkih. Well, manusia kan. 

1) La la la la Kerjalah!

La la la la hari-hari kerja!
La la la la bosan dengan kerja......(sambung sendiri)

Amboi intro saja letak lirik lagu Meet Uncle Hussain, La la la Kerjalah!. Ok lah Zai nak berterus terang kat sini yang Zai sebenarnya dah kerja. Tapiiiiiiii....jangan dok mula bayang kerja dalam pejabat bawah ekon tu. No no no. 

Takdelah...kerja biasa-biasa jerr. Kerja kedai kasut since bulan lepas. Nak kerja berkaitan dengan bidang (food tech) macam takde bayang harapan lagi setakat ni. Jadinya kerja la kat kedai kasut tu dulu. Nak cari kerja kat pekan Zai ni pun susah jugak. Sebabnya kebanyakan kedai dah ada pekerja tetap. Mak pulak tak bagi kerja yang sampai malam. Yelah Zai ni perempuan, naik moto sorang-sorang pulak tu. Nasib la jumpa kerja kosong kat kedai kasut ni aritu. Tapiiiiiiiiiii.....(hai berapa banyak tapi daaaa)

Zai ni pekerja part time je. Bila dorang panggil datang kerja, baru la datang. Cuma bulan 3 ni la yang setiap hari dorang panggil sebabnya bos bersalin. Gaji pun tak tetap. Kalau sehari penuh kerja dari pukul 9 am - 6.30 pm dapatlah RM 35. Ehh tapi bos kita ni pun panjang akal jugak..takdanya dia nak suruh kita datang pukul 9 je...selalunya dia suruh datang 11 la 11.30 la 12 la (alasan: sekarang ni orang kurang) Yela takdenyalah dia nak bayau RM 35, so bila dia suh masuk kol 11 tu dia bayau ikut jam la. Sejam RM 3.50. Bijak tak? Nak cut cost punya pasal letteww ~~~

Ermmm takpelah, Zai tak kesah pun. Yang penting ada la duit poket untuk diri sendiri. Lagipun setakat duduk pekan kecik macam Kuala Pilah ni bolehla, kos hidup tak tinggi sangat. Duduk rumah sendiri pulak tu kan. Atleast sekarang ni rasa la diri ini lebih berguna daripada dok rumah tak buat apa kan. Orang pun benci kot :p


Arghhhh cantiknya!! (sumber : google)


2) Pagi untuk online

Memandangkan Zai ada sedikit masa pada waktu pagi, maka dengan itu Zai gunakan waktu itu sebelum pergi kerja untuk online. Seminggu tu lebih kurang 2, 3 kali je kena masuk kerja pukul 9 (sebab kawan lagi sorang cuti). Sebelum dapat kerja ni dulu pun memang Zai online pagi-pagi. Yelah waktu pagi ni line laju sikit.

Pagi tu lah masenya Zai cek email, hantar resume, search job bagai. Ada bagusnya buat benda ni semua waktu pagi tau. Semenjak Zai duduk rumah lepas habis praktikal dulu Zai dah takda tido balik lepas subuh. Kalau zaman study dulu jangan harapla...mesti nak tido jugak walaupun sekejap. Sekarang ni kalau tak kerja pun memang Zai tak tido lepas subuh tu. 

Dan kalau Zai nak update entri pun, pagi je lah masa yang ada. Bukan tak nak update waktu malam..tapi petang dan malam dah susah sikit nak online sebab line internet dah slow. Maklumlah duduk kat kampung kan. Nak lagi dah kerja ni, takda mood nak update malam-malam. Malam...mata ni nak tertutup je. Letih aihhh!. Jadi, pagi je lah masa yang ada untuk update blog. Bila semua benda nak buat waktu pagi, adalah yang terabai sikit. Sape yang terabai?? Blog kesayangan ni lah haaaa. Cian dia tu. Hihihihi.

(sumber: google)

3) Misteri MH370

Dalam bulan Mac ni juga dunia dikejutkan dengan misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370 bila dilaporkan tiba-tiba hilang dari radar pada awal pagi 8 Mac yang lalu. Macam-macam spekulasi yang timbul sejak hari pertama kehilangannya. Bagi Zai pihak media (terutamanya media asing) kena telus la dalam berita yang disampaikan. Jangan lah cuba putarbelitkan kenyataan dan sebagainya. Kalau perbezaan bahasa menjadi satu masalah, tolonglah rujuk dengan media kita. Tapi mostly sidang media dalam English kan. Hanya 1.2 soalan je yang dijawab dalam bahasa melayu. Mohon sangat pihak media jangan cuba keruhkan keadaan. Tolong lah! Laporkan exactly apa yang pihak Malaysia sampaikan. Teringat dengan apa yang Datuk Seri Hishamuddin cakap dalam satu temubual. Dia kata "They like to hear and read bad news because it sell! " (lebih kurang macam tu la ayat dia). 

Tapi memang betul kan? Sapa yang nak baca kalau tajuk besar dalam akhbar tu: 


"Malaysia dipuji kerana usaha SAR MH370" (boring!) 

Cuba kalau letak tajuk macam ni:

"Malaysia sorok maklumat berkaitan kehilangan MH370 sejak hari pertama!" (sensasi lagi kebabom! Pukul 11 pagi atau lebih awal dah licin surat khabar dekat kedai tu kan)


Never lose hope!



NotaKaki: Semua tajuk akhbar diatas adalah contoh semata-mata!!. Hanya bertujuan untuk menunjukkan perbezaan antara berita yang baik-baik adalah tidak laku berbanding dengan berita yang buruk-buruk. Orang suka baca berita yang sensasi je. Lumrah la kan. Manusia. So, jangan cuba buat spekulasi pulak pasal entri ni :P




Sunday, February 16, 2014

Simple Yet Sweet Hijab Style! (with pictures)

Assalamualaikum wbt...


Baru-baru ni Zai ada dapat request dari kawan. Actually, request kedua. Sebelum ni dah pernah kawan lain yang request. Request ape? Request suruh Zai ajar dia pakai shawl macam Zati katanya. Zati tu kawan kitorang. Dia la yang paling selalu (or should I say setiap hari? ahaha) pakai shawl style macam tu masa study dulu. Zai? Zai ikut mood dan ikut shawl. Selalunya Zai pakai style macam ni time keluar jalan-jalan. Takat dengar lecture tu Zai pakai tudung bawal je. Time terlebih rajin je pakai shawl. Hahaha.


Kalau nak tau style hijab yang macam mane?..korang kena baca sampai habis entri ni la :p



1. Ambil sehelai shawl yang panjang (bila panjang senang nak buat macam-macam style)


2. Bahagikan shawl anda sebelah panjang dan sebelah lagi pendek. Zai buat sebelah kiri pendek, sebelah kanan panjang. Tapi terpulang lah pada keselesaan anda. Mana-mana pun boleh! Kemudian pin kan shawl anda J


3. Ambil shawl sebelah kanan yang panjang 


4. Shawl tadi dibawa ke sebelah kanan area telinga anda (macam dalam gambar). Step ni akan determine labuh mana shawl yang kita nak.


1  5. Lebihan shawl yang kat depan tu bawak juga ke area telinga belah kanan


1  6. Kemudian pin kan lebihan shawl yang kat depan td dengan shawl yang mula-mula dibawa ke area telinga kanan tadi tu. Paham kan? Refer gambar ok J



Tadaaa!! Dah siap! Itu aje. simple kan? Guna dua pin je. Tapi kalau nak lagi kemas secure la kedua-dua bahu dengan pin supaya tak gerak.  Kalau korang perasan la, kita tak buat apa-apa pun dekat shawl belah kiri yang pendek tu. Biar gitu aje.


Sekian tutorial hijab dari perempuankampungmoden.blogspot.com. Selamat mencuba. Hee :D