Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, March 16, 2012

Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya

Assalamualaikum wbt...


Salam jumaat untuk semua. Hari ni baru ade kesempatan nak join contest [Miss Nadya]. Padahal dah lame tau pasal contest ni,hihihi. Happy Anniversary in advance untuk blog kak Nad :') 7 April nanti genaplah 1 tahun ye..


Kak Nad ni memiliki sugar glider yang comel-comel tau,kalau tak caye boleh pegi usha blog kak nad sekarang! Kalau kau tak tau pon binatang ape sugar glider tu, meh aku kasi tepek gambar kak nad bersama sugar glider kesayangan beliau. 


[KLIKSINI UNTUK SERTAI]
Comel kan? Bagi aku hobi Kak Nad yang satu ni sangat-sangat unik. Unik.. sebab tak ramai orang yang suka sugar glider, selalunya haiwan peliharaan yang paling ramai orang minat adalah kucing...tak pon arnab,hehe.


Hadiah-hadiah untuk contest ni adalah seperti berikut:


1. Vitamin E Softgel 10 biji untuk dua pemenang bertuah
2. 1 case broadband warna oren
3. Top Up RM10 untuk 2 peserta bertuah


Jom join contest ni, nak tag 2 orang blogger :)


[Fatin Amira Izati]
[Aida]

Tuesday, March 6, 2012

Earth Hour 2012

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!


Assalamualaikum w.b.t :')

Aku pasti ramai yang tau ape itu Earth Hour kan,kan?? Bagi yang tak tau atau buat-buat tak tau, meh sini aku cite sikit. sikit je! hehe. Earth Hour ni adalah hari dimana kita menutup semua suis eletrik di rumah kita, pejabat, dan sebagainya selama 1 jam. Maksudnya, kita bergelap selama 1 jam...tak lama kan, sejam je. Bukan ape..tujuan Earth Hour ni adalah untuk menyelamatkan bumi akibat daripada perubahan iklim dunia.

Earth Hour ni mula dilaksanakan pada bulan Mac 2007 di Sydney, Australia. Sebanyak 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan menutup semua suis lampu dan peralatan eletrik selama 1 jam untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini.

NotaKaki: Jom tunjukkan tanda sokongan kita, Earth Hour 2012 (31 March 2012), save the date! Nak minta jasa baik anda, tolong klik link warna merah atas sekali tu ye, terima kasih :DD

Tuesday, February 7, 2012

Kalau Nak Keluar..Amboii Bersiap Kemain! Tapi Kalau Nak Sembahyang..Capai Je Telekung Apa Yang Ade

Assalamualaikum..


Malam tadi sape tengok cerita kat tv3 "Telekung Buat Mama"?? Haa..mesti tau kan dialog ni. Masa Athirah pilih telekung untuk hadiah harijadi mama. Aku setuju sangat dengan kata2 ustazah dia tu. Kita ni (perempuan la) kalau nak keluar baju tu kasi iron betul, sembur perfume yg sampai 2km pon boleh bau.muahahaha


Tapi kan kalau bab-bab telekung tu takde la nak kisahkan sangat..sarung je ape yang ade. Tapi tak cakap semua perempuan macam tu la. Tapi kan kalau fikir secara rasionalnya..time nak sembahyang dimana kita nak mengadap Tuhan pencipta kita ni la kena pakai cantik-cantik, wangi-wangi, bersih-bersih betul tak??? Sama-samalah kita renungkan ye wahai Muslimah ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, January 23, 2012

Romantik Jugak Lelaki Melayu Ni Kan?

Assalamualaikum...


Alkisahnya semalam aku balik rumah. Macam biasa bas menjadi pengangkutan utama aku untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Sampai di Terminal 1, Seremban dalam pukul 1 tengah hari. Selalunya sampai di Seremban aku akan naik bas lagi untuk ke Kuala Pilah...tapi hari tu abang aku cakap dia nak turun Seremban..so nanti aku tunggu dia kat Teminal 1 je..tak payah naik bas.


Kebetulan bas aku turunkan penumpang dekat dengan tempat teksi-teksi tunggu penumpang. Dekat situ ade pokok yang redup dan ada kerusi..aku pon pergila duduk kat kerusi tu sambil tunggu abang aku datang.


Lama jugak la aku tunggu..sebab abang aku pergi basuh kereta dia. Carwash tu dekat je dengan terminal..tapi hari tu ramai pulak yang basuh kereta. So aku dengan sabarnya tunggu abang aku habis basuh kereta.


Tak lama lepas tu aku nampak sorang pompuan dengan sorang laki dari jauh. Si lelaki tu bawak beg..si perempuan bawak something yang aku tak sure. Bila dah dekat baru aku nampak yang perempuan tu bawak bunga. Bunga ros 3 kuntum. Diorang ni menuju ke sebuah kereta yang aku perasan memang dah lama tunggu kat situ.


Sampai je kat kereta tu perempuan ni salam...aku rasa ayah dia la. Lepas tu si lelaki ni bagi isyarat kat ayah perempuan tu suruh bukak pintu belakang. Aku ingatkan dia nak masuk kereta tu..tapi dia cuma letak beg tadi. Barulah aku faham..beg tu milik perempuan tadi tu. Si lelaki ni lepas letak beg terus pergi salam ayah perempuan tu..wah ade manner gak laki ni kan. Almaklumlah bakal pak mertua.hihi.


Yang buat aku terpikir pulak lepas perempuan tu pergi kan...pasal bunga tu. Kagum pulak aku dengan laki tu...sebab sebelum ni tak pernah pulak aku tengok lelaki hadiahkan bunga kat makwe dia lepas turun bas. Selalunya bukan perempuan dapat bunga kat airport ke lepas turun dari ka

pal terbang??? Muahaahaha


Untunglahhhh perempuan tu..turun bas ade orang tunggu..siap bagi bunga lagi.hihihi.


NotaKaki: Aku tak jelesssss!! Hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, January 12, 2012

Pelik Tapi Tetap Comel ;)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..ade kesempatan lagi nak join aktiviti ke-8 Geng Fiq'ra di musim-musim peperiksaan ni,hehe. Ingatkan malas nak join..nak tunggu aktiviti seterusnya lepas habis final exam...tapi apakan daya hati ni tak boleh bersabar lagi,excited nak masuk.HAHAHA.


Kali ni kena senaraikan 10 perkara pelik dan 10 perkara comel tentang diri kita. Wah banyaknya nak senaraikan...HAHA,jap nak pikir jap! 


OK..berikut adalah 10 perkara pelik dan 10 perkara comel tentang diri aku. Tak taulah pelik dan comel ke tak...huhu.


10 Perkara Pelik Tentang Diri Aku:


1) Aku suka simpan apa sahaja barang atau benda yang ade dengan aku..dan aku TAK SUKA buang barang-barang aku. Serius. Even, buku latihan masa darjah satu pon sebahagiannya masih ada dekat rumah aku tu. Entah..aku cuma tak suka buang ape-ape barang pon. Tapi ini tak bermakna bahawa aku tak suka buang sampah ok!Haha.


2) Aku suka makan makanan yang ade bawang putih dan aku suka bau bawang putih tu sendiri. Aku rasa bau bawang putih wangi. Ramai yang tak suka bau bawang putih kan..tapi tak tau kenapa aku sangat suka bawang putih. Dan aku suka bila kupas bawang putih, bau bawang putih tu melekat kat tangan :))


3) Seorang yang sangat suka BERANGAN! terutamanya masa dalam toilet..sebab tu bila aku pergi toilet lama. Aku akan habiskan scene angan-angan aku tu baru aku keluar...HAHAHA


4) Suka subjek SEJARAH masa sekolah..sebab aku rasa subjek tu menarik. Serius tak tipu.Aku suka subjek yang kena hafal. Tak suka subjek yang kena kira-kira. Sangat tak suka subjek ADD MATH..sebab tak faham. Tapi bila dah masuk Universiti..suka pulak subjek yang ade kira-kira. PELIK!


5) Suka baca majalah,buku, atau surat khabar yang lama-lama. Aku dah khatam baca novel sastera abang aku masa dia sekolah dulu-dulu..dalam tu ade cerita pasal uda dan dara la..macam macam. Ejaan ayat tu pon style lama orang dolu-dolu,contoh chinta, cherita, sa-kampung,haha. Aku ni berjiwa klasik ke? tapi aku tak suka pulak dengar Klasik Nasional...muahaha


6) Semenjak aku kenal dan tau apa itu pen "g'soft"..aku tak pernah mengkhianati beliau. Kalau bukan pen "g-soft"..aku tak akan beli!huhu


7) Aku tak boleh bercakap sambil tengok mata orang tu..bab bab mata ni memang kalah. Aku akan pura-pura buat keje lain sambil bercakap dengan orang. Maaf, tapi memang susah la nak bertahan lama..bukan dengan lelaki je tapi perempuan pon.


8) Masih tido dengan emak lagi walaupun diusia 22 tahun ini (bukan dibawah ketiak ye..tapi disebelah beliau). Ape aku kesah? Nak cakap aku anak mak..cakaplah! memang aku anak 
emak pon..abih tu anak sapo laie??hehe


9) Suka tukar-tukar tulisan. Suka tengok tulisan kawan yang cantik-cantik..nanti tiba-tiba bila tulis dah jadi macam tulisan kawan tu..walaupun tak pernah nak berlatih tulis macam tu. Tiba-tiba akan bertukar.


10) Suka pakai jam dan gelang tangan di pergelangan tangan kiri..tak pernah pakai di sebelah kanan.


10 Perkara Comel Tentang Diri Aku (maaflah kalau anda rasa tak comel,haha):


1) Tak suka menangis depan orang lain..hatta di depan emak sekalipun. Aku suka carik port-port best yang sunyi untuk aku menangis. Fakta #akusukamenangis.


2) Lebih suka diam dari bercakap..infact, aku memang pendiam sikit, cuma dengan orang-orang tertentu je aku banyak cakap.


3) Seorang pendengar yang baik. Kau boleh luahkan apa-apa je dengan aku. Aku akan diam dan dengar. Kalau aku mampu tolong, aku tolong. Tapi, walaupun tak dapat tolong..aku suka bila kau rasa beban kau dah hilang sikit bila cerita dekat aku.


4) Suka curik-curik bau baju arwah ayah. Sampai sekarang aku masih rindukan arwah,walaupun dah hampir 7tahun arwah pergi. Sentiasa nak rasa arwah ada disisi.


5) Tak pernah lupa telefon emak di kampung setiap hari. Rasa lain..dan tak best bila tak dapat cakap dengan emak sehari. Suka cakap lama-lama dengan emak sampai habis kredit atau sampai emak marah sebab lama sangat,haha. Sentiasa akan pesan kat emak..mintak emak doakan segalanya dipermudahkan untuk aku.


6) Sangat suka makan makanan kampung,terutama masak lemak cili api. Tak berapa suka makanan barat. Nama blog ni pon #perempuankampungmoden kan,hehe.


7) Tak boleh tido kalau tak de benda nak peluk...MESTI! HARUS! WAJIBUN! ade bantal kecik ke..bantal bucuk ke ;) comel tak?hehe. Kalau tak de benda nak peluk, aku susah nak tido..baring ke kiri baring ke kanan pon tak tido tido jugak.


8) Sangat cerewet kalau nak beli kasut..aku rambang mata bila tengok kasut terutama HEELS! Aku nampak semuanya cantik, rasa nak beli semua. Kedai kasut la kedai yang paling lama aku akan masuk berbanding kedai baju.


9) Suka makanan yang berasaskan durian, contohnya sambal tempoyak, sambal daun kayu (terkenal kat Negeri Sembilan) dan jem durian yang emak buat.


10) Suka simpan rambut panjang dan suka emak sikatkan rambut. Kadang-kadang saje je cakap kat emak kepala aku gatal,nanti mesti emak akan tolong tengokkan kot kot ada rambut gatal (ala rambut ni tegak tegak dan keras, tak taulah korang panggil ape..tapi mak kata rambut tu la yang buatkan gatal). Tapi sebenarnya sebab aku nak suruh emak sikatkan rambut aku. Aku suka bila emak sikatkan rambut aku macam kecik-kecik dulu.






Berikut adalah bukti sy LIKE penaja-penaja hadiah :)
































Thursday, December 22, 2011

Sweetnya Bila Lelaki Melamar Perempuan Macam Ni :DD

Assalamualaikum...


Eh korang dah tengok video kat MukaBuku tajuk I've been proposed and I'm enganged?? Mula-mula aku macam tak nak tengok video-video macam ni sebab korang tau je lah internet aku selaju kura-kura berjalan. Bila nak tengok video aku perlukan kesabaran yang tinggi supaya aku tak rasa hangat, berangin bila melihat perkataan L.O.A.D.I.N.G itu! Kalau kesabaran nih hilang habis aku kerjakan encik L.O.A.D.I.N.G itu,haha.


Tapi bila melihat lebih daripada 30 orang kawan-kawan aku share video yang same..aku pun rasa aku patut tengok video nih. Apa yang bestnya video nih?? Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri aku...maka aku telah mengeluarkan encik berukband dari laci meja,lalu mula mencucuk encik berukband ke laptop..dan akhirnya terus menekan butang "connect". Sejurus aku ter"connect" maka mulalah aku menekan butang "play" dan mula menonton video ini dengan rasa puas hati berikutan encik berukband tidak lagi selow-melow seperti bulan lalu. Dan aku sangat-sangat gumbira kerana encik L.O.A.D.I.N.G langsung tidak muncul sepanjang aku menonton video ini. Sebelum aku terlupa....aku juga menonton video ini dengan mode "full screen" bagi memuaskan hati aku yang menonton..HAHA (perlu ke nak cakap???)


Ya Allah..tacing sungguh aku menonton video nih, ade lagi ke lelaki macam ni. Yang proposed perempuan dengan cara yang sangat cantik! Tak jumpe terus dengan empunya diri..tapi melalui ibu bapa. Seorang yang tak putus asa..walaupun perempuan ni pernah menolak. Yang sweetnya..lelaki ni belikan perempuan ni kamera dan proposed perempuan ni melalui gambar yang dia ambil sebelum bagi dekat perempuan tu..siap ada ros merah lagi! Hati perempuan mana lah tak cair kan...yang lagi best lelaki ni adalah pilihan ibu bapa perempuan tu. Kalau nak tau perempuan tu baru berumur 19 tahun..hihi. Hai adek!


Mereka baru je bertunang 17 Disember lepas..kalau nak tau macam mane laki ni proposed..tengok sendiri la video ni. Sesuai sangat lagu "A Thousand Years" tu..sekarang ni aku suka sangat dengar lagu nih,hahaha.


Nama adek ni Dena..dan dia ada blog jugak. Check it out k! <<DENA>>








NotaKaki: Lepas tengok video nih..ternanti-nanti lelaki budiman yang datang nak meminang aku :) #angananganmatjenin

Wednesday, December 21, 2011

Story Aku & Lagu

Assalamualaikum...


First time nak join aktiviti Geng Fiq'ra nih..nerbes,haha!. Maaflah ye Geng2 Fiq'ra sekalian..saya tak dapat nak aktif selalu dekat fb group GF sebab tak lama lagi saya dah nak final exam. So..agak sibuk disitu dengan assignment yang dah hampir dengan due date, test2 dan sebagainya. Pagi tadi baru je habis satu test yang sangat S.C.A.R.Y. Test ape?? Test lab yang memerlukan kita mahir mengendalikan alatan2 dalam makmal. Cuak sangat..sampai sakit sakit perut pagi tadi.Bila dah selesai test lab ni rase dah hilang satu beban kat bahu,huhu.


Ok.Korang suke tak lagu Dina & Zizan "Selamat Tinggal" ?? Saya suka lagu ni pertama kali saya dengar. Selalunya susah untuk saya suka sesebuah lagu tu bila pertama kali dengar, mesti nak dengar banyak-banyak kali baru telinga saya boleh terima. Tapi lagu ni laen. Kenapa?? Sebabnya lagu ni kena dengan kisah hidup saya..huhu.

Nak tanya, korang ade pengalaman cinta zaman kanak2?? atau dalam erti kata yg mudah "cinta monyet". Tiba-tiba saya teringat nak buat entry pasal ni sebab saya teringat kat seseorang..ehem ehem. Siapa??? Ermm...biarlah saya perkenalkan 'dia' sebagai Mr.S. Dialah teman sepermainan merangkap jiran saya. 

Saya cerita kat kawan saya yang saya suke Mr.S ni. Biase la kan orang perempuan...tak boleh kalau tak luahkan kat seseorang, mesti, harus, wajib, luahkan kat best friend kite.hehehe. Tapi, yang tak semenggahnya dia pegi bagitau Mr.S yang saya ni suke die. Mane kite nak letak muka kite yang tak berape nak lawo ni..huhuuhuhu.

Surprisingly, guess what?? dia pun suke kat kite! hahaha..*blushing*. Biar betul kan? Ye..betul dia suke kat saya jugak. Dan dan time kitorang tengah berbahagia..tak sah lah kalau tak da watak antagonis yang akan mengacau kebahagian kitorang kan..hehe,ala macam drama tv tu. Dan yang tak bestnya..dia tu kawan Mr.S. Macam tu la lebih kurang cerita cinta monyet saya dolu2.

Tapi..bila makin menginjak dewasa saya dah tak rapat lagi dengan Mr.S,kami bawa haluan masing-masing. Kami tak pernah bertegur sapa lagi..dia dengan hidup dia, saya dengan hidup saya. Saya pon tak tau, ape status hubungan kami. Masihkah? Tamatkah?. Memang menjadi teka teki..sampailah saya masuk matrix, die dah di tahun akhir diploma kat UiTM lendu.

Dengan tak disangka-sangka saya dapat tau satu berita tentang Mr S. Dah lame giler saya tak ingat dan tak pikir pasal dia. Tiba-tiba saya dapat berita yang mengejutkan! Saya dapat tau dia meninggal dunia. Saya tak percaya dan terkejut sangat. Mr.S terlibat dalam kemalangan..berlanggar dengan treler. Besok paginya, saya cepat-cepat pergi beli surat khabar. Memang betul..ade gambar Mr.S dan kawan-kawannya dalam surat khabar..tahun ni genap dua tahun Mr.S kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk Mr.S..terima kasih untuk segala-galanya, terima kasih untuk segala kenangan manis:p

NotaKaki: Begitulah kisah saya dan lagu..maaflah kalau boring dengan kisah saya ni. Saya join aktiviti ni sebab nak merapatkan lagi silaturrahim dengan ahli Geng Fiq'ra yang lain :DD








saya ahli Geng Fiq'ra yang berdaftar! :p