Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, November 9, 2012

First GA by TirahZairi

Assalamualaikum...


Salam Jumaat untuk semua readers Blog Perempuan Kampung Moden. Semoga awak semua ceria selalu :D 

Tadi singgah blog classmate aku Tirah Zairi, rupa-rupanya dia ade buat GA laa..hehe. Sori awak kite dah lama tak blogwalking. So, alang-alang dah singgah blog beliau, ape salahnya aku join kan. haha. Mari ramai-ramai support Tirah untuk fisrt GA yang dianjurkan beliau. Aku pon tak pernah buat GA lagi, hehe. Aku rase nak buat segmen la kat blog aku ni. Mula-mula nak tengok dulu laa..ade ke tak orang yang join. Buatnya takde orang yang join nanti..malu lah aku, haha (saya memang pemalu orangnya, hehe). Lepastu baru lah aku bercadang nak buat GA. So..stay tuned!hehe



Sebagai blog yang mempunyai follower seramai 194 orang (setakat entri ni ditulis, dan aku rase tak kan bertambah pon dalam mase beberapa minit ni,hehe)..dengan bangganya saya menyatakan disini bahawa saya:








**************************

Kalau nak join..sila jangan segan silu klik slogan "Bukan.Retis.Fofular". Dengan itu aku nak tag rakan blogger berikut:


NotaKaki: Cepat join sebelum terlambat, tarikh tutup 10/11/2012 (Esok)


Thursday, November 8, 2012

Review: Skyfall

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi! 

Tengok..semangat tak aku update entry pagi-pagi buta nih. Aku mengantuk sebenarnya tadi. Tapi tiba-tiba mata jadi segar. Sekarang tak boleh tido pulak. Daripada aku terlupa ape yang aku nak celotehkan dalam blog aku ni nanti, baik aku update sekarang. Tak gitu?

Aku percaya ramai yang dah tengok Skyfall kan..kan? Filem James Bond yang terbaru.. Dua patah perkataan yang aku boleh cakap tentang Skyfall secara keseluruhannya:


Stylo & Excitement

Dengan lagu Adele yang boleh meremangkan bulu roma. Betul-betul sesuai dengan mood filem ni. Aku asyik ulang-ulang lagu Skyfall-Adele ni dari tadi, haha.


************************

Seperti filem-filem James Bond sebelum ni, Skyfall juga masih sarat dengan aksi-aksi yang agak mustahil dilakukan oleh orang biasa, hehe. Skyfall berkisar tentang kesetian James Bond kepada ketua beliau iaitu, M diuji. Dimana misi kali ini adalah menangkap penjenayah yang melarikan disk komputer yang mengandungi senarai identiti agen Nato. Tetapi..Bond gagal dalam misi awal ini apabila dia ditembak oleh rakan sekerjanya sendiri di Istanbul. Sekembalinya Bond ke London, dia ditugaskan untuk menjejaki semula penjenayah terbabit .Pada masa itu, tahap kecergasan Bond bukanlah di tahap yang membanggakan disebabkan oleh kecederaan yang di alaminya. Tetapi beliau berjaya menjejaki penjenyah terbabit di Shanghai. Dalang disebalik semua ini adalah agen yang pernah dilatih di bawah M iaitu Silva. Motif utama adalah dendam terhadap M yang dianggap telah menipunya. Apa yang menjadikan cerita ni lebih menarik adalah watak Silva yang boleh membuatkan korang terkekek-kekek ketawa, haha. Nak tahu kesudahannya? Jadi tolonglah ke pawagam terdekat sekarang..sebelum terlambat. Aku berani jamin yang korang takkan menyesal :D

Scene ni kelakar! (wajib tengok)

Javier Bardem sbg Silva yang sangat membantu mencantikkan lagi cerita ni


Scene dimana Silva datang dengan helicopter untuk menangkap M dan Bond di Skyfall (wajib tengok)


Scene ni agak geli masa Silva keluarkan gigi dia


Wanita-wanita Bond dalam Skyfall (Tak sah la filem James Bond takde pompuan seksi kan..hehe) :

Bérénice Marlohe sebagai Sévérine


Naomie Harris sebagai Eve

Jom layan lagu Adele- Skyfall :)



NotaKaki: Skyfall tu sebenarnya adalah nama kediaman James Bond di Scotland. Banyak kenangan buruk disitu yang tak mahu diingat semula oleh Bond. Beliau kembali semula ke Skyfall demi menyelamatkan M daripada Silva.



Tuesday, November 6, 2012

Usia Bukan Penghalang Cita-cita dan Impian!

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi si cantik dan si kacak sekalian :)

Pagi yang cerah dan indah, tiada awan-awan hitam yang tercoret di atas sana. Moga begini sampai ke petang. Baju yang ada di ampaian tu diharap dapat kering dengan sempurna. Bukan ape..aku dah la menumpang sidai baju kat ampaian orang, kalau baju aku lama-lama kat situ, angin pulak orang sebelah nanti, huhu.

Minggu ni bermulalah perjuangan adik-adik yang menduduki SPM tahun ni. Aku dah 5 tahun tinggalkan sekolah, tapi aku masih ingat lagi perasaan cuak, rase masih tak bersedia nak amik SPM masa tu. Tapi alhamdulillah aku dapat overcome perasaan tu. Walaupun tak dapat straight A, tapi aku bersyukur sangat dengan result yang aku dapat. Bagi aku, banyak mane yang kita usaha, banyak tu jugak la yang kita dapat. Keajaiban tu agak mustahil berlaku, kecuali dengan izin-NYA.

Aku bukanla nak share tips ke ape..sebab dah ramai blogger yang share tips. Dan kebanyakannya lebih kurang same je. Kalau aku pon nak share tips..aku rase korang pon memang tak lalu nak bace, hehe. Aku cuma nak kongsikan kekaguman aku terhadap golongan berusia (aku tak cakap tua..maksud aku mereka yang bukan berumur 17 tahun la) yang menjadi calon SPM tahun ni. Kebanyakan mereka adalah askar..dan yang paling berusia seorang ustazah dari Sungai Petani, Kedah yang baru mengambil SPM kerana dahulu dia sangat miskin dan tak mampu untuk mengambil SPM pada masa tu.

Faktor kemiskinan tu memang salah satu sebab terbesar kenapa ramai yang tak dapat menduduki SPM dulu. Tapi sekarang ni..taraf hidup dah semakin baik, tapi kenapa ade dikalangan kita yang malas belajar, mahu berhenti sekolah. Padahal mereka yang tak bernasib baik dulu, sanggup amik SPM walaupun dah berusia. Cubalah kita renungkan..perjalanan mencari ilmu tu bukanlah terhenti saat kita habis belajar. Tapi berterusan sampai bila-bila selagi kita mampu dan mahu belajar. Banyak yang kita lihat di dada-dada akhbar, golongan berusia yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi walaupun dah punya jawatan tinggi, anak dan cucu. Tapi pernah tak kita terfikir, ape yang mendorong mereka untuk menyambung pelajaran??

Aku sangat hormat dengan golongan ini, mereka dapat capai ape yang orang lain fikir mustahil di usia mereka. Bagi aku itu satu kepuasan dalam pencapaian diri mereka. Selain tu, kejayaan mereka dapat menjadi satu pembakar semangat buat anak-anak dan kita sebagai generasi muda.


sumber: google pic

Friday, October 12, 2012

NuffnangX: Social Blog Stalking

Assalamualaikum wbt...
Selamat malam si kacak dan si cantik sekalian (kembang hidung korang ye) ^_^


Hurmmm penah dengar pasal NuffnangX?? Tau ape bende jadahnya NuffnangX tu? Kalau tak tau mari sini aku habaq mai. NuffnangX ni adalah satu applications yang boleh didownload di telefon pintar masing-masing untuk stalk blog-blog kegemaran korang. Haaaa..korang kan suka stalk-stalk neh..hahahaha. Dengan adanya NuffnangX ni boleh la korang baca blog kegemaran dengan laju, dan pantasnya. Yang best nya boleh chat dengan blogger-blogger kesayangan korang. Haaa..amacam??


NuffnangX ni boleh download di Android market bagi pengguna android, dan bagi pengguna iphone taulah korang kat mane nak download kan. Aku tak pakai iphone, so aku tak taulah kat mane kan, hahaha. 

Senang kan..dengan adenya apps ni, bolelah korang mengisi masa lapang dengan membaca blog walau dimana jua anda berada. cewah! Tak perlu susah-susah nak bawak lappy kehulu kehilir sekarang, zaman makin maju beb! haha.


Bila aku tau pasal NuffnangX dengan lajunya terus download dan follow blog-blog kegemaran iolls~~ Budak Lelaki Sebelah PintuYuyu ZulaikhaMaria ElenaIrine Nadia MarcelloFatin LiyanaMr. K (haa..ni memang list wajib bace la)


Dan akhir sekali..aku menyeru korang semua, download lah NuffnangX dan kalau sudi follow lah blog i yang tak seberapa ni uollss~~ http://perempuankampungmoden.blogspot.com








Sunday, September 30, 2012

SEGMEN: Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum wbt...


Baru balik dari blogwalking ke blog Naz (lap peluh)..dan jumpe satu segmen yang menarik. Segmen yang dianjurkan oleh Nabila Medan yang aku rase menarik sebab aku suka tangkap menagkap nih, hahaha. Tangkap? Yelah tangkap-tarik-tambah follower. Bukanlah aku kejar populariti. Tapi cuma nak lebih ramai orang kenal blog aku ni. Blog seorang perempuan kampung. Memang tak popular. Tapi aku harap ramai yang akan tau kewujudan blog ni. Melalui segmen macam ni jugak la salah satu alternatif aku untuk kenal lebih ramai blogger (Y)

[KLIK SINI]


Ok, ni printscreen blog Perempuan Kampung Moden :)


Thanks kepada yang sudi follow :)

Aku dengan ini men"tag" rakan blogger yang juga merupakan ex-roommate aku, Fatin




NotaKaki: Jom lah ramai-ramai join segmen ni ;)






Monday, September 24, 2012

Risiko Menjadi Pelakon

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi ;)


Pagi ni aku bukak twitter. Banyak cerita-cerita menggemparkan yang aku baca. Satu, tentang Vanidah Imran & Rashidi Ishak yang diminta segera merujuk jabatan agama berkenaan status perkahwinan mereka. Amboi pagi-pagi dah terbaca cerita yang tak berapa best ni. Yelah, diorang ni kan loving couple. Aku suka tengok diorang berdua nih. Tak bestlah kalau diorang tiba-tiba bercerai. Mengikut Oh Bulan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar mereka berdua merujuk status perkahwinan mereka berikutan lafaz cerai oleh Rashidi Ishak terhadap isterinya Vanidah Imran dalam filem terbaru mereka "Untuk Tiga Hari".


Aku pun tak pasti samada betul atau tidak Rashidi Ishak ade melafazkan cerai kepada isteri beliau sebab aku sendiri pun belum menonton filem tersebut. Tapi ade pihak yang dah pun menonton filem arahan Afdlin Shauki ini menyatakan bahawa tidak terdapat adegan dimana  berlakunya lafaz cerai tersebut. Wallahualam..



Sumber gambar: google
Sumber gambar: google
Aku masih ingat lagi ustaz & ustazah yang mengajar aku dulu penah cakap, seorang lelaki yang menceraikan isterinya walaupun sekadar berlakon, tetap akan jatuh talak. Wallahualam... So, nampak tak betapa seriusnya isu macam ni..walaupun kita sekadar berlakon. 

Berita kedua, Remy Ishak mengaku sudah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Alahaiiii...aku suke bila diorang couple. Dari Nur Kasih lagi aku rase diorang berdua ni secocok. Sama cantik sama padan. Tapi..nak buat macam mana kan, dah bukan jodoh diorang :p




sumber gambar: google

p/s: Sape yang dah tengok filem "Untuk Tiga Hari"???




Saturday, September 22, 2012

Beli Utusan Semata-mata Untuk??

Assalamualaikum wbt...;)


Hari ni hari Sabtu (memanglah, lempang nak??). Hujung minggu macam ni best pegi jalan-jalan, cuci-cuci mata. Tapi aku berhujung minggu di lab. Sadis?? huhu. Pagi-pagi bangun, basuh baju yang dah terendam dalam baldi beberapa hari sebab sibuk pegi lab. Balik bilik letih dan takde mood nak basuh baju. Huhu. Then, bersiap-siap nak ke lab. Tapi kan...dari malam tadi lagi dah plan, sebelum pergi lab MESTI singgah koop dulu. Kenapa beria-ia sangat ek cik Zai?

Haha..alkisahnya malam tadi TERbaca post sorang blogger femes ni tentang dia yang akan masuk paper Utusan hari ni. Blogger femes tu tak lain dan tak bukan adalah Hizami Rahim owner blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Mesti semua dah tau kan? hihi.


Aku memang pembaca setia blog beliau. Sejak setahun yang lalu..walaupun tak la lama mane, tapi blog zami ni memang best. Boleh gelak sorang-sorang bila baca entri-entri beliau. Aku ingat lagi, jumpe blog zami ni dari blog kawan baik beliau iaitu Daniel Adie. Sejak tu lah aku follow blog zami sampai sekarang...walaupun dulu sekadar silent reader je, hehe.


Haaaa..dah tau kan kenapa aku beria-ia nak beli paper Utusan hari ni :p (buang tabiat beli Utusan pulak tu?hihi). Walau apapun, tahniah untuk Hizami Rahim..semoga awak dapat kejar impian untuk jadi pensayarah, insyaAllah :))



Hizami Rahim

Hopefully, satu hari nanti dapat jumpe beliau (wishlist ni, hihi). "Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita." (Hizami Rahim, 2012).