Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Showing posts with label remy ishak. Show all posts
Showing posts with label remy ishak. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Risiko Menjadi Pelakon

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi ;)


Pagi ni aku bukak twitter. Banyak cerita-cerita menggemparkan yang aku baca. Satu, tentang Vanidah Imran & Rashidi Ishak yang diminta segera merujuk jabatan agama berkenaan status perkahwinan mereka. Amboi pagi-pagi dah terbaca cerita yang tak berapa best ni. Yelah, diorang ni kan loving couple. Aku suka tengok diorang berdua nih. Tak bestlah kalau diorang tiba-tiba bercerai. Mengikut Oh Bulan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar mereka berdua merujuk status perkahwinan mereka berikutan lafaz cerai oleh Rashidi Ishak terhadap isterinya Vanidah Imran dalam filem terbaru mereka "Untuk Tiga Hari".


Aku pun tak pasti samada betul atau tidak Rashidi Ishak ade melafazkan cerai kepada isteri beliau sebab aku sendiri pun belum menonton filem tersebut. Tapi ade pihak yang dah pun menonton filem arahan Afdlin Shauki ini menyatakan bahawa tidak terdapat adegan dimana  berlakunya lafaz cerai tersebut. Wallahualam..



Sumber gambar: google
Sumber gambar: google
Aku masih ingat lagi ustaz & ustazah yang mengajar aku dulu penah cakap, seorang lelaki yang menceraikan isterinya walaupun sekadar berlakon, tetap akan jatuh talak. Wallahualam... So, nampak tak betapa seriusnya isu macam ni..walaupun kita sekadar berlakon. 

Berita kedua, Remy Ishak mengaku sudah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Alahaiiii...aku suke bila diorang couple. Dari Nur Kasih lagi aku rase diorang berdua ni secocok. Sama cantik sama padan. Tapi..nak buat macam mana kan, dah bukan jodoh diorang :p




sumber gambar: google

p/s: Sape yang dah tengok filem "Untuk Tiga Hari"???




Thursday, May 26, 2011

"Nur Kasih The Movie"

Assalamualaikum…

Hye sume! Dah tengok Nur Kasih The Movie?? Kalo belum…pergi beli tiket wayang sekarang. Rugi kalo anda tak tengok lagi. Nur Kasih The Movie sebuah cerita tentang kasih sayang, pengorbanan, dan perpisahan yang melingkari kisah cinta Adam, Nur & Aidil. Cerita tentang bagaimana mereka menghadapi ujian Allah dengan kehilangan orang-orang yang disayangi. Sekuat mana pun kasih sayang kita terhadap mereka..tetapi betapa kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa Allah lebih menyayangi mereka. Nur Kasih The Movie telah menjalani penggambaran di Jordan. Dapat dilihat kecantikan Negara Jordan yang penuh dengan tinggalan sejarah. Harus dipuji kualiti sinematografi di dalam Nur Kasih The Movie. Itu juga adalah antara sebab aku meminati cerita Nur Kasih sama ada dalam bentuk drama ataupun filem.

Mesti ramai kan peminat setia drama Nur Kasih. Aku pun salah seorang peminat setia drama Nur Kasih…tak pernah miss mane2 episode pon. Kalo ter”miss” kat tv pon, aku sanggup tengok secara online. Ingat lagi mase mula2 drama Nur Kasih disiarkan di tv3, dapat la tengok beberapa episode kat rumah.. lepastu, aku dapat tawaran masuk UiTM. Miss beberapa episode…then, aku register untuk tengok tv3 secara online. Nasib baek la bilik aku dapat wiyerles..sebab ada bilik2 kawan aku tak dapat wiyerles. Jadi..bermula saat itu, aku tengok Nur Kasih secara online. Walaupun kadang2 ada problem masa online…macam buffering yang lama giler, tak pon wiyerles bagi aku masalah, aku tetap sabar…nak tengok Nur Kasih punya pasal. Kadang2 aku dapatkan update cerita Nur Kasih dari mak aku…muahahaha. Mak aku pon gila Nur Kasih gak..jadi elok sangat lah tu. Kalo aku tak dapat online, mak aku kan ade…dia boleh bagi aku update secara detail..hihihi. Tak cukup dengan itu, aku download beberapa episode Nur Kasih…pastu mintak lagi kat kawan yang dah download full episode. Ha…barulah boleh tengok banyak2 kali. Tak lame lepas tu tv3 siarkan semula Nur Kasih pada pukul 7 malam tanpa iklan…aku tengok lagi tu. Memang best sangat2.

Biarlah aku ceritakan sikit sinopsis Nur Kasih The Movie…tapi tak boleh la citer semua, korang kena pegi tengok dan rasai sendiri fenomena Nur Kasih The Movie di pawagam ok. Selepas 6 tahun, Adam dan Nur hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. Manakala, Aidil baru sahaja kehilangan isteri tercinta, tetapi Aidil & Lia telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel, Ilyas & Mariam. Pada masa yang sama, Nur & Adam telah membuka sebuah pusat kaunseling untuk remaja-remaja bermasalah. Adam sangat-sangat bersyukur bila mengetahui bahawa Nur mengandung. Tetapi kandungan ini tidak bertahan lama apabila Nur keguguran. Nur & Adam menerima ujian ini dengan tabah. Bagi mengubat hati, Adam membawa Nur bercuti ke Jordan. Di Jordan, sekali lagi Adam & Nur diuji apabila keretapi yang dinaiki berlanggar. Diikuti pula dengan kehilangan Adam…pengakhiran cerita memang menyayat hati. Jadi, cepat2 lah ke pawagam berhampiran…kerana ini adalah pengakhiran kisah Adam, Nur & Aidil. Kalo anda peminat setia drama Nur Kasih, rugi jika tidak meyaksikan Nur Kasih The Movie. Lepas ni dah tak de dah Nur Kasih. Nur Kasih The Movie akan ditayangkan di PAWAGAM SAHAJA ok!

Aku pegi tengok Nur Kasih kat terminal 1 dengan kawan aku Raihan. Mula2 kawan aku lagi sorang pon nak pegi, tapi dia ada hal. So, aku dengan Raihan je pegi. Panjang giler que mase nak beli tiket, naseb baek kitorang sampai awal sikit. Aku nasihatkan korang bawak tisu bila masuk panggung nanti, agak sedih la cerita ni. Lepas habis wayang, kitorang dikejutkan dengan kedatangan pelakon-pelakon Nur Kasih kat dalam panggung. Excited!! Dapat jumpe artis live nih.Ari sabtu (21/5/2011) aritu memang road tour Nur Kasih kat Terminal 1. Sebab tu lah aku nak tengok wayang ari Sabtu tu…boleh jumpe pelakon sekali. Tapi, abang Remy datang bertongkat..tak tau la kenapa. Lupe pulak nak tanya. Pelakon2 yang turun padang adalah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Shafiee. Shafiee dalam filem ni jadi budak jahat name Jamal. Sekali lagi aku promote, pegi la tengok Nur Kasih The Movie di pawagam berhampiran ok, sekian terima kasih…aku bukan kena sogok suruh promote Nur Kasih The Movie ni taw, tidak sama sekali…hehehehe.