Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, July 3, 2012

Photoshoot Makeover With Yuyu Zulaikha!


 Assalamualaikum wbt...


Fuhhh marathon buat entri malam ni gamaknya. Baru sekarang ade masa nak update pasal photoshoot aritu. Maaflahh sibuk dengan final exam sekarang. Ni pon tak habis lagi...ade satu lagi paper selasa depan. Doakan kiteww ye :) Kak Yuyu pon dah buat entri pasal photoshoot ni semalam [KLIKSINI].

Sambungan dari entri sebelum ni. Lepas dapat tau berita gembira tu..aku terus tak ketentuan hala, macam orang tak pernah menang (memang tak pernah menang apa2 contest pon sebelom ni, huhu). Message kawan-kawan tanya diorang tau tak kat mana Bukit Gita Bayu Serdang ni, macam mane nak pergi, sape nak teman aku....blah blah blah.Rugilah kalau tak pergi kan...sebab ni lah seumur hidup nak jumpe kak Yuyu Zulaikha yang comel tu! Jadi dengan ditemani best friend aku Ct Khatijah & Raihan..kami pon bertolaklah ke Kl Sentral dengan menaiki bas dari Shah Alam. Dari Kl Sentral pulakk ambik teksi untuk ke Bukit Gita Bayu. Perumahan orang kaya-kaya kat sini tau, memang cantik sangat! Sampai awal gilerr ok, pukul 10 dah terpacak kat situ. Kak Nadzirah & Kak Diyana pon tak siap kan rumah lagi, huhu.

Pada mulanya aku tak sangka shooting ni kat rumah mereka. Tak payah cakap, memang cantik rumahnya. Kami dijemput masuk, diberi layanan yang first class oleh tuan rumah! Kami diberitahu bahawa minum pagi dan makan tengah hari disediakan. Tuan rumah pulak sangat-sangat lah friendly, Kak Nadzirah yang melayan aku dan kawan-kawan sambil bercerita macam mane friendlyfashion bertapak kat Malaysia, berkongsi tips berniaga online dan macam-macam lagi. Kak Diyana pulak sibuk di dapur sediakan makan minum kitorang..dia pandai masak tau, terharu sangat dengan layanan mereka. 

Dalam pada tu, aku berdebar-debar menunggu ketibaan kak Yuyu. Ape yang aku nak cakap dengan dia? Ape tips-tips yang aku nak mintak dari dia?? huhu, macam2 yang aku pikir. Alih-alih kak Yuyu datang, tetiba dah hilang dah sume benda yang aku nak tanya, hahaha. First time jumpe kak Yuyu:

Ya Allah keciknyeeeee kak Yuyuuuu!huhu


Kawan-kawan aku sampai balik tak habis-habis cakap "keciknya kak Yuyu" "Comellah dia". Tapi memang betulkan dia comel :D Selepas dimakeupkan oleh Kak ili (kawan kak Nadz) dan dimakeover oleh Kak Intan dari Eight, maka tibalah saatnya aku nak berlaga-laga pipi dengan Kak Yuyu, hahaha.


Malu-malu sebab tu gelak-gelak, haha :p


Pandang-pandang jeling-jeling mata kita sama memandang, ewah!
                              
Solo- Gaya ni je lah yang aku gheti pon, heh!
Kan dah kate gaya tu je lah yang aku mampu =.=

Dah kate..:p
macam bestfriend tak?hihi

Thanks friendlyfashion atas hadiah paling berharga ini :)
Terima kasih kawan-kawan temankan ai :)


Credit pic to: friendlyfashion

Eh sebelum terlupaaaaa, nak share sesuatu...korang tau tak Kak Nadzirah & Kak Diyana tu adalah adik kepada pengacara rancangan Best In The World kat 8tv, Razif Hashim...ala, rancangan yang ala-ala jalan-jalan cari makan tu, kalau tak kenal jugak meh aku tepek gambar,hihi


credit pic to: hansrollodepelicula.blogspot.com


Haha..ok tu je nak cakap, penatt woo tulis entry malam ni, haha




Hadiah Hari Jadi Yang Ohsem!

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, legaaaaaaaa...dapat mengeluarkan toksin2 dalam badan setelah 3 jam menjawab exam toxic! Huhu..ape pon keputusannya aku redhoo je. Inilah nasib dapat exam gap sehari je..dalam masa sehari tu lah nak menghafal semua benda, pffftt.


Dah...lupakan segala perkara yang tak best dan marilah kita story2 benda yang best lagi ohsem! Untuk pengetahuan korang, birthday aku jatuh pada tarikh 16 Jun setiap tahun (ofcoz laaa..tu pon nak cakap?). Kalau tahun-tahun lepas, birthday aku biasa-biasa je. Tambahan pulak birthday aku semestinya jatuh pada waktu cuti sem. Tahun nilah buat pertama kalinya..dan julung kalinya birthday aku bukan dalam waktu cuti sem! haha. Terima kasih buat kawan-kawan untuk ucapan selamat anda!


Mungkin ada yang dah tau apa hadiah hari jadi aku yang best lagi ohsem tu kan, kan? Tapi biarlah aku officially umumkan kat sini (eceh!) Bahawasanya, aku menang contest dibawah anjuran friendlyfashion





Tak percaya??? hehe






Alkisahnya..pada pagi birthday aku tu, dengan hati yang senang lagi gumbira, dan berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, aku pon join lah contest ni. Idea nak menulis 8 sebab nak menang contest pon laju je keluar. Sebenarnya, aku dah lama nampak post kak yuyu pasal contest ni...tapi masa tu aku tak rasa lagi nak join. Entah macam mane..terjoinnn pulak kan. Alhamdullillah syukur sangat-sangat...akhirnya dapat jugak aku jumpe blogger famos amos Yuyu Zulaikha nih.

Sebenarnya dari dulu lagi pasang angan-angan nak jumpe kak yuyu. Sebab musababnya..aku dan kak yuyu ni sama-sama comel (oppps!) Maksud aku ketinggian aku lebih kurang je ngan kak yuyu. Aku 144 cm..kak yuyu 140 cm. Kalau ambik gambar kan cunnn gitu! muahahaha. Termakbul jugak impian aku ni..terima kasih Yuyu Zulaikhafriendlyfashion & Eight :D


Aku ni pon first time tau pasal friendlyfashion nih, lagipun mereka baru je bertapak kat Malaysia ni. Di friendlyfashion ni lahh tempatnya korang boleh jual baju, beg, kasut, accessories dll DAN di sini jugak lah tempat nak beli barang2 preloved yang CANTIK LAGI MURAH! serius, tak tipu. Diorang hanya sediakan tapak untuk anda jual item anda...urusan jual beli adalah antara anda dan member yang lain...bukannya melalui mereka. Tapi yang bestnya mereka akan tolong promotekan item
anda tu. Sebagai seorang yang gilakan kasut haruslahh aku ushaa kasut-kasut kat situ. Memang berkenan sangat...tapi disebabkan baru-baru ni aku baru je beli kasut, so terpaksa lah pendamkan hasrat membeli kasut tersebut :(




Tak ketinggalan...usha lah jugak online shop Eight. Baju kat sana pon cantik-cantik. Diorang ade lancarkan ADARA RAYA COLLECTION..so sesapa tak tempah baju raya lagi...baiklah anda beli je..tukang jahit pon dah tak amik tempahan sekarang kan, hihi. Pada hari kejadian..baju aku disponsor secara rasminya oleh Eight dan accessories oleh friendlyfashion




Kalau korang nak menang kamera Canon A330 IS boleh lah join contest terbaru friendlyfashion kat [SINI]. Diorang selalu buat contest, kalau nak jadi lucky winner macam aku, selalulah usha page mereka ok :)





Saturday, June 2, 2012

Samsung GALAXY SIII : Which plan suits u?

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...


Terus terang aku cakap..kebanyakan barang-barang aku kat rumah berjenama Samsung, begitu jugak dengan phone. Aku memang minat sangat dengan design-design Samsung terutamanya smartphone. Ini bukan entri nak membodek Samsung ke hape ok..cuma nak berkongsi sesuatu tentang smartphone terbaru Samsung iaitu Samsung GALAXY SIII (SGSIII).

Sebelum tu mari kita lihat dulu apa yang best sangat tentang SGSIII ni =.=

*Ada kamera depan dan belakang. Kamera belakang 8 Megapixel, depan 1.9 Megapixel.

*Terdapat dalam 2 pilihan :
   -Marble white
   -Pebble blue

*Macam macam lagi lah application yang canggih-canggih, even dapat share gambar atau video kat skrin tv atau laptop menggunakan AllShare Play.

*Yang paling aku suka dan bagi aku dah canggih sangat dah tu bila kita dapat transfer gambar dengan hanya sentuhkan kedua-dua SGSIII dan SGSIII yang lagi satu akan terima gambar tersebut dengan mudah.


*Kualiti gambar pon cantik, even boleh amik gambar sehingga 20 shots berterusan




hmmm...banyak lagi lah yang menarik dan canggih tentang SGSIII ni. So, silalah dapatkan SGSIII anda hari ini. Sebelum tu, jom tengok dulu plan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka :)




1. Digi









Untuk maklumat lanjut : [DIGI]




    2. Celcom







Untuk maklumat lanjut : [CELCOM]



3. Maxis








Untuk maklumat lanjut :  [MAXIS]



 #Nah video untuk tatapan korang =)





 NotaKaki : Jadi buatlah pilihan yang bijak!



Friday, June 1, 2012

Park Ji Sung yang sporting!

Assalamualaikum wbt...

Eh cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan Jun laa. Aku sukeee bulan Jun. Kenapa?? sebab.....aku lahir bulan Jun laaa dan aku pon memang suka nombor 6;hehe =.=

Malam tadi tengok Running Man (RM) episode 96. Episode kali ni special sebab guest kali ni adalah Park Ji Sung, Manchester United midfielder. Hebakkkk kan RM. Park Ji Sung pon RM boleh jemput, memang daebakk!!!

Sumber : FB Running Man

Tapi..bukan Park Ji Sung sorang je guest dalam episode ni, si comel IU pon ade. Park Ji Sung ni tetiba *blushing*  bila IU muncul. 

Sumber: Soompi
 Park Ji Sung ni memang sporting dan kelakar. Dia layankan aje kerenah Yoo Jae Suk tu. Mula-mula persepsi aku tentang episode kali ni mesti tak berapa nak best sebab guestnya pemain bola sepak. Tapi aku memang betul-betul tak sangka si Park Ji Sung ni boleh adapt dengan Running Man seolah-olah dia ni seorang yang berada dalam bidang entertainment. So, aku yakin dan percaya kalau suatu hari nanti Park Ji Sung tak jadi seorang pemain bola, dia boleh masuk dalam variety line =)


Episode kali ni adalah episode yang korang tak boleh terlepas sebab memang sangat-sangat kelakar ok.

 1. Setiap seorang Running Man & IU dapat super power dimana diorang boleh guna semasa perlawanan bola sepak dengan Park Ji Sung. Haha dapat superpower yang membolehkan dia untuk terbang. Tapi kan.....macam takde guna pon superpower ni. Kelakar adelah. Dah laa dia hanya boleh bergerak ke depan dan ke belakang jer sebab guna cable nak terbang,hahaha.




Sumber :runningmanclub


2. Super power yang best aku rase antara semua Running Man adalah super power yang dimiliki oleh Ji Suk Jin dan Gwang Soo. Ji Suk Jin boleh alihkan petak gol tu ke kkiri atau ke kanan..Gwang Soo pulak boleh hentikan masa, which is super cool lah kalau nak jaringkan gol saat tu :p


Sumber: runningmanclub




 3. Part dimana Haha bagitau birthday IU 16 May. Jae Suk pulak tetiba bagi cadangan untuk kumpulkan duit bagi hadiah kat IU. Pastu, diorang semua kata buat apa kumpul duit, Jae Suk sorang pon mampu bagi IU hadiah. Yelah...Jae Suk kan MC yang popular kat Korea, mesti lah dia banyak duit. Then, Haha kata IU nak amik lesen kereta. So, dia harap dapat hadiah kereta. Sengall punya Haha. Jae Suk pulak tetiba tukar topik..hehe. Part ni aku rasa fun jugak la.


Sumber :kpopfever

*Banyak lagi lah yang menarik dalam RM kali ni =.=






NotaKaki: Jangan lupa tengok RM episode 96 [KLIK SINI]. Tak sabar nak tengok RM episode 97 (Asian Dream)









Wednesday, May 30, 2012

Dinner : Arabian Night

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh tak update ape-ape kat blog ni. Harini nak update pasal dinner baru-baru ni. Macam yang korang baca kat atas tu tema dinner course kali ni adalah Arabian Night. Aku amik course ape? -Food Tech-

Dinner Food Tech atau lebih dikenali dengan nama persatuan "PERTEMA (Persatuan Teknologi Makanan)" ni sebenarnya dah lebih dua minggu berlangsung, tapi macam biasa aku takde masa lagi nak update. Bizi sebenarnya..sebab 25hb tu aku ade presentation proposal FYP. So, lepas dinner memang kena fokus untuk presentation pulak. Cuak kemain, nasib aku tak terketar-ketar nak bercakap macam presentation FPD dulu. Bukan ape sebab bilik tu sejuk sangat..aku dah la cuak, memang terketar-ketar,nasib baek dapat control sikit.

Untuk makluman korang biasanya dinner course aku ni diadakan untuk meraikan part 7 yang akan habis belajar tak lama lagi. Memang fun sangat dinner tu, banyak persembahan..tak de lah boring sangat. Bila tau pasal tema dinner ni adalah Arabic Night, aku dah boleh agak dah bebudak ni konpem melaram habis..tak kurang jugak yang akan berpurdah. I wonder how they are going to eat,hehe ^_^

Aku?? Cuma pakai baju, tudung, dan kasut yang ade sahaja. Yang aku nak highlight kan kat sini "aku tak keluar se sen pun untuk dinner kali ni, weeeee". Bangga sungguh aku sebab dapat berjimat-cermat. Kalau tidak, aku adalah antara makhluk yang suka melaram kemain. Makeup pon aku pakai tepek je. Ape nak jadi-jadilah, jangan jadi macam zombie sudah. Aku memang tak pandai nak makeup-makeup ni. So, lets the picture tell the stories ok :)



Inilah hasil pandai-pandai tepek makeup kat muka sendiri (takdelah macam zombie kan,kan??,hehe)


Ni my favourite picture ^_^





us ~~ (tengok, kitorang biasa-biasa je kan, semua pakai baju sedia ada)

Wif our princess jasmine (dah agak dia akan menang dari awal lagi)

Sebagai penutup, terimalah gambar aku yang bajet perempuan melayu terakhir ni, muahaha

p/s: cubalah untuk me'minimum'kan perbelanjaan anda untuk baju dinner, dan lagi bagus kalau anda beli baju yang dapat dipakai pada waktu dinner mahupun hari-hari biasa. Jadi tak lah membazir. Kalau anda nak pakai costume macam 'our princess jasmine' tu sewa je. Baju-baju mcam tu pakai time dinner je..kalau beli membazir la, bukan boleh dipakai hari-hari biasa pon, betul tak??hehe





Friday, May 18, 2012

Dahsyatnya tabiat makan penduduk Huntington!

Assalamualaikum wbt..


Jujur, aku rasa sangat bersalah dengan blog nih. Aku ibarat seorang tuan yang tak bertanggungjawab. Selalu biarkan belog nih bersawang takde entri baru. Bak kata pepatah melayu, "hidup segan mati tak mau". Maafkan tuanmu ini wahai belog. Bukan aku sengaja tapi aku sangat-sangat sibuk sekarang. InsyaAllah, kalo ade ruang dan waktu yang sesuai pasti aku akan update entri-entri baru.


Malam ni aku nak kongsi cerita dengan pengunjung belog tentang tabiat makan penduduk Huntington, West Virginia. Korang pernah dengar tentang rancangan yang bertajuk "Jamie Oliver's Food Revolution"? Bagi sesiapa yang minat tengok rancangan masakan kat tv tu pasti kenal dengan Jamie Oliver kan?? Haaa...rancangan ni adalah satu usaha murni Jamie Oliver untuk mengubah tabiat makan penduduk Amerika. Sebenarnya rancangan ni telah bersiaran pada 26 Mac 2011. Aku tertengok rancangan ni kat 8 tv aritu.


Untuk pengetahuan korang, Bandar Huntington ni pernah digelar sebagai "unhealthiest city in America". Malu kan kalau bandar yang kita duduk ni digelar macam tu. Mula-mula Jamie sampai kat bandar tu, penduduk tempatan tak dapat terima tindakan Jamie sebagai orang luar datang tempat mereka dan nak ubah cara mereka makan selama ni. Kalau korang nak tau kebanyakan penduduk tempatan mengalami masalah obesiti sebab mereka ni suka sangat makanan segera. Contohnya, pizza, ayam goreng, sosej dan yang sama waktu dengannya. Diorang ni semua tak suka sayur dan buah-buahan.


Aku sangat suka dengan pendekatan yang diambil Jamie ni. Dia mulakan perubahan dari peringkat rendah dahulu, iaitu sekolah. Bak kata orang "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", betul tak?? Mula-mula si Jamie ni pergi tinjau dulu keadaan kat kantin sekolah dan makanan favourite pelajar. Korang tau tak sarapan pagi pelajar kat sekolah tu adalah Pizza! Makanan tengah hari pulak kentang putar tapi bukan guna kentang tapi tepung segera, mereka cuma bancuh dengan air dan bagi kat pelajar. Walaupun ade buah-buahan yang disediakan, tapi semua buah-buahan tu masuk dalam tong sampah sebab diorang memang tak suka buah dan benda-benda lain yang baik untuk tubuh. Even susu pon diorang hanya minum yang ade flavour, kalau bagi susu segar ke tong sampah lah nampaknya.


Jamie jugak pergi melawat sebuah keluarga yang mengalami masalah obesiti. SEMUA ok semua ahli keluarga dari anak sampai mak bapaknya obese. Bila geledah dapur diorang, takde satu pon makanan berkhasiat. Semuanya benda bergoreng, segera, dan mudah. Tapi nasib baik diorang ni dapat terima nasihat Jamie dengan hati yang terbuka...siap tanam lagi bekas penggoreng diorang dalam tanah dan berjanji takkan keluarkan balik. Jamie siap bagi resepi yang sihat lagi untuk keluarga ni.


Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal rancangan ni [SILA KLIK SINI]












sumber gambar: pak cik google




Saturday, May 12, 2012

SEGMEN: saya blogger universiti dari?

Assalamualaikum w.b.t...


Selamat pagi! Bukak dashboard pagi ni ternampak segmen yg dibuat oleh blogger [Afifah Daliliey]. Rasa macam menarik dan senang je..so aku pun nak join. Lame dah tak join segmen-segmen macam ni. Lagipon daripada belog ni berhabuk...baik lah aku conteng2 sikit kan..


Ok, marilah kita berkenalan ngan owner blog huduh ni. Nama diberi Nur Zainatul Fekehah Binti Abu Bakar. Panjang kan? hahaha..nasib lah bakal suami aku nanti nak sebut nama aku yang panjang ni. Tapi boleh panggil zai je. Akan berumur 22 tahun pada 16 Jun nanti. Muda lagi :)


Saya adalah blogger dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sedang menuntut dalam tahun 3. Mengambil jurusan Sains dan Teknologi Makanan. Semester 6. Tak lame je lagi nak abis study..pada tahun hadapan InsyaAllah. So, ade lagi blogger2 dari UiTM Shah Alam??? Selamat berkenalan untuk semua!