Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, August 2, 2011

Diari Ramadhan #1

Assalamualaikum wbt…

Hye sume! Apa khabar? Selamat Menyambut Ramadhan al- Mubarak diucapkan kepada semua pembaca blog perempuankampungmoden.blogspot.com dan rakan2 blogger sekalian. Macam mane dengan hari pertama puasa semalam? Ada sesape yang TERbuka atau TER… TER… yang laen ke?? Harap2 jangan lah ye J

Ape menu berbuka puasa semalam? Juadah berbuka puasa aku hanyalah sup udang, rendang ayam dan mee goreng. Tak beli ape2 juadah pon di bazaar ramadhan, cukuplah dengan ape yang ada di rumah. Lagipun, aku hanya tinggal berdua dengan mak. Buat ape nak sediakan banyak sangat makanan kan..nanti tak habis pulak, membazir je. Tak baik membazir di bulan yang mulia ni!

Ape yang aku nak cerita dalam entri kali ni adalah pasal kariah masjid di kampung aku yang terchenta ini..hihi. Satu perubahan yang membanggakan aku bila melihat ramai kariah yang bersama-sama mengimarahkan masjid selama 2 malam ni untuk menunaikan solat terawikh secara berjemaah.

Tahun ni berbeza sangat berbanding tahun2 yang lalu. Kalau dulu, perempuan hanya 1 saf ke 2 saf je…tapi kali ni sampai 3 saf (masjid kampung aku ni tak lah besar mane). Alhamdulillah syukur..ahli2 kariah yang tak pernah nampak di masjid sebelum ni pon turut hadir bersama-sama kali ni.

Satu lagi yang membawa kepada pertambahan ahli kariah ni adalah disebabkan oleh budak2. Selalunya hanya orang2 dewasa yang datang ke masjid..tapi malam tadi ramai jugak la budak2 yang datang, termasuklah anak buah aku. Maka, pada tahun ni bertiga lah kami naek motor. Terpaksalah aku menjemput anak buah aku ni sebelum ke masjid. Tapi tak pe lah..yang penting dia nak ke masjid kan.

p/s: Selamat menyambut pesta ibadat ye..bukan pesta makanan tau! Rajin-rajin kan lah diri solat terawikh berjemaah di masjid2 berhampiran (ingatan untuk diri sendiri jugak)








Pesanan Salam Ramadhan ini dibawakan oleh perempuankampungmoden.blogspot.com

Tuesday, July 12, 2011

Durian Oh Durian!

Assalamualaikum…

Hye sume! Apa khabar? Moga sentiasa sihat dan ceria selalu ye. Sekarang ni dah masuk musim durian, boleh kata setiap rumah kat kampong aku ni semua dah ada bau fragrance yang kuat! Ape lagi kalau bukan penangan bau dari raja buah ni J Durian kat rumah aku ni pun dah mula belajar gugur semalam. Semalam gugur sebiji je..hari ni gugur 3 biji, fuhh…puas melantak durian aku hari ni. Kat kampong korang macam mane? Dah gugur ke belom??

Kepada rakan-rakan blogger yang duduk kat Bandar tu..balik-baliklah kampong hujung minggu ni…mane tau boleh melantak durian, sedap woo! Macam aku ni lain la, memang orang kampong, belakang rumah ni je ada 7 batang pokok durian..kat dusun lagi..sebenarnya kat belakang rumah aku tu ada 8 batang pokok asalnya, tapi sebatang pokok durian tu dah mati sebab kena panah ngan petir,huhuhu.

Durian yang gugur tadi tu dari pokok yang menjadi favourite aku sejak kecil. Buah durian dari pokok yang sebatang tu warne oren. Aku memang suka buah durian yang warna oren ni. Kalau nak tau durian ni bukan warne kuning macam kita selalu tengok tu je..kat rumah aku ni ada 3 colour, kuning, oren dan putih. Oren dan putih dah gugur, Cuma kuning je belom gugur lagi.

Musim-musim durian ni, teringat pulak aku masa kecik2 dulu aku suruh arwah ayah buatkan pondok tunggu durian…bukan pondok yang biasa-biasa tu..tapi pondok kat atas pokok, macam cerita omputih tu, sebenarnya aku bukan nak tunggu durian pun tapi lebih nak main,hahaha. Tapi last-last ayah aku buat gak pondok tapi bukan kat atas pokok macam aku mintak tu la, tapi pondok biasa je kat belakang rumah…merajuk jugak lah aku, nak buat macam mane..impian tak kesampaian..haahahaha

Friday, June 17, 2011

Nisbah Perempuan kepada Lelaki 37:1, so what??

Assalamualaikum…


Hye sume! Kali ni aku nak mengupas isu “nisbah perempuan kepada lelaki 37:1”. Korang pernah dengar kan ayat ni kan…ala, yang dalam filem 3,2,1, Cinta tu. Semalam kan mula ditayangkan di pawagam. Aku bukan la nak buat review filem ke ape..Cuma tertarik nak buat entri pasal ni. Ramai ke perempuan-perempuan di luar sana yang risau kerana masih single lagi?? Oklah aku nak tanya korang salahkah kita masih berstatus single sedangkan semua kawan-kawan kita sudah berpunya? Aku tau ramai yang tak sabar-sabar nak tukar status kat facebook tu dari single ke ‘in a relationship’. Sabar ye kawan-kawan.

Kita ni masih muda lagi..macam aku, semalam baru genap 21 tahun. Masih jauh lagi perjalanan. Tak payah nak sedih sangat lah kalau kita ni belum ada boypren lagi macam kawan-kawan yang lain. InsyaALLAH, ada jodoh yang menunggu kita suatu hari nanti. Percaya dengan Allah, ajal maut, jodoh pertemuan, semua telah diatur olehNYA. Melainkan….kita ni dah umor 30++ tapi masih membujang lagi. Itu memang perlu risau la kan.

Cuba korang fikir, kalau boypren kita sekarang ni memang jodoh kita, tak pe lah bagus sangat lah tuh. Tapi, kebanyakannya yang bercinta masa masih belajar lagi ni tak kekal lama. Kadang-kadang, seorang perempuan tu ada lebih daripada 10 orang ex-boypren. Suami dia nanti entah lelaki ke berapa pun tak ingat. Tapi, kalau kita memang serius nak cari seorang lelaki untuk dijadikan suami, tak nak main-main, dan suami kita tu nanti adalah lelaki pertama dan terakhir yang kita cintai…alangkah bestnya!

Di bawah ni aku bagi sedikit tips untuk dapat jodoh, same-samelah kita amalkan ye ^_^
1.    Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2.  Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1 kali atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3.  Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4.  Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5.  Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah

6.  Solat hajat 2 rakaat => Doa, 2 rakaat lagi =>Doa, 2 rakaat lagi =>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu aja lah orangnya.(Tawakkal)

7.  Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
a)  Seseorang yang berjihad dijalannya
b)  Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
c)  Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9.  Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

(credit to I luv islam)

 .: Disebabkan aku guna ayat dari filem 3,2,1 Cinta tadi, aku nak komen sikit la ye. Hari tu adelah aku tengok di sebalik tabir filem ni. Aku bukan nak kutuk ke apa cuma nak tegur sikit pasal satu scene dalam filem tu. Ada scene dimana Diana Amir ni cakap kat Farid Kamil lebih kurang camni la ayat dia “aku ada baca,setiap pasangan bercinta akan bercium untuk mengeratkan hubungan, boleh tak kau cium aku Aku rasa orang-orang filem & drama kat Malaysia ni dah tak de sensitiviti agama lagi kut. Aku tengok, pengarah filem ni Melayu & Islam, pelakon pun Melayu & Islam. Tak kan lah tak tau hubungan perempuan dan lelaki yang bukan muhrim tu ada batas-batasnya. Memang bercium boleh mengeratkan hubungan, tapi biarlah mengeratkan hubungan suami isteri…bukannya pakwe makwe. Harap industri perfileman kat Negara Malaysia yang agama rasminya ISLAM ni…boleh buat perubahan, tak perlu la adegan cium ke ape untuk lariskan cerita kita ye.Jangan salah paham..aku bukan nak condem cerita ni ke ape, Cuma nak tegur sebagai saudara sesame Islam ^_^


p/s: renung-renungkan, dan selamat beramal!

Thursday, June 16, 2011

Ucapan Selamat Hari Lahir dari Menteri Belia & Sukan

Assalamualaikum…

Hye sume! Hari ni mood aku sangat lah baik. Nak tau kenapa? Sebab harini hari jadi aku yang ke 21 tahun! Hehe..muda lagi, tak lama lagi boleh mengundi sebab dah cukup umor. Korang nak tau tak sapa yang pertama sekali bagi ucapan Selamat Hari Lahir kat aku malam tadi?? Kalau aku cakap mesti korang tak percaya. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan beb! Hahaha..macam ni lah message tersebut:

Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia seperti anda. Salam mesra Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan
16 June 2011    00:02:20

Hihihi..kembang hidung aku baca message ni,dah lah message hari jadi pertama pulak tu. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, yang hantar message dan jugak kawan2 kat fb. Terima kasih atas ucapan & doa kalian semua J

Wednesday, June 15, 2011

Lirik Lagu Terhenti Di Sini - OST Asmara 2 & Nora Elena

Assalamualaikum...


Hye sume! Sape peminat cerita Nora Elena?? Angkat tangan macam saye (imagine jela korang nampak). Mesti suke dengar lagu "Terhenti di Sini -Asfan" kan kan kan? Lagu ni pon penah jadi OST Asmara 2. Kali ni aku nak bagi lirik lagu "Terhenti di Sini" supaya korang boleh nyanyi puas-puas dalam bilik air..hahaha.





Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan 

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta





p/s: nyanyi jangan tak nyanyi, kasi pecah dinding..lalalala ^_^

Tuesday, June 14, 2011

Comeback!

Assalamualaikum wbt….


Hye sume! Lame dah aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang contengan. Nak kate sibuk, tak de lah sibuk, aku bukannya kerja…dok rumah jerr. Tapi entah kenapa, tiba2 aku langsung tak de mood nak update blog, nak tulis cerita atau apa2 bentuk penulisan yang aku minat sebelum ni. Aku rasa down sangat..entah kenapa aku rasa macam ni. Aku pun pelik dengan perangai aku yang satu ni, cepat berubah mood..sampai kadang2 aku pun tak tau ape sebabnya. Syukur Alhamdulillah…I’m back!! Nasib baek aku cepat recover dari penyakit “upside-down mood” nih, kalau tak…bersawang lah blog ni.

Jutaan terima kasih buat rakan2 blogger yang sudi singgah di blog ni..saya akan menyusul ke blog anda semua as soon as possible. Terima kasih jugak kepada abang ben, kerana segmen “Ben Ashaari Redah Blog Baru Je”…bilangan follower saya telah meningkat! Kamsahamnida ^_^

Dengan semangat baru ni aku akan berusaha lebih gigih dari sebelum ni. Aku akan cuba sedaya upaya untuk keluar dengan entri-entri yang mantop! Hehe. Sebenarnya..sekarang ni, aku cuba untuk tulis novel..yelah daripada tak de keje cuti2 ni baik aku buat sesuatu yang bermanfaat, betul tak?? Doakan aku berjaya ye kawan2. Walaupun aku tau berapa kerat je yang baca blog aku ni tapi aku akan pastikan suatu hari nanti blog ni akan berada sama level dengan blog2 terkenal.

p/s: mulakan hari anda dengan senyuman..pasti semuanya akan ok! Actually, June & number 6 do cheer me up J

Monday, May 30, 2011

Road Tour Nur Kasih The Movie-Terminal 1, Seremban (Gambar)

Assalamualaikum...

Hye sume! Dah pegi tengok Nur Kasih kat pawagam blom?? Ok..hari tu aku ade buat entri pasal Nur Kasih [KLIK SINI]. Tapi entri tu tak letak gambar sebab internet connection kat rumah aku tak berapa nak elok..biasalah kat kampung. So, kali ni aku buat entri khas untuk gambar-gambar ye :p

shafiee,tiz zaqyah, remy ishak

Mila-Bertemu Cinta, best :)
ntah ape la keje budak 2 orang nih
tengok ni..macam budak kecik..hahaha
autograf! autograf!
dah nak balik baru ingat nak amik gambar sendiri..huhuhu
zai & rayhan