Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Showing posts with label zainatul abu bakar. Show all posts
Showing posts with label zainatul abu bakar. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Semester Yang Sibukk!

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni kan hidup aku macam dah tak terurus dek kerana sibuk dengan FYP (Final Year Project) dan FPD (Food Product Development). Kalau course laen, maybe diorang akan sibuk dengan FYP je..tapi kami Food Tech ni ada lagi benda alah yang tak kurang pentingnya macam FYP iaitu FPD. 

FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD=HEADACHE!!

Korang tengok pon dah pening kan..dah la sekali tengok macam same. Kitorang yang buat ni pon selalu tertukar, nak cakap FYP tercakap FPD,huhuhu. Eh, lupe nak cakap,FPD tu senang cakap korang kena cipta produk makanan yang baru (tak pernah orang buat sebelum ni) atau pun makanan yang di'modified' daripada makanan yang dah sedia ada di pasaran. Susah kan??

Nasib je FPD tu buat dalam group..kalau tak mati la aku terkontang-kanting sensorang buat benda alah tu. Dah la serabut ngan FPD kan...memang fizikal, mental aku tak stabil la sekarang nih. Hari jumaat tu lagi haru..aku bangun2 tido, pandangan aku berputar-putar, pening yang amat..tak payah cakap la. Nasib lah hari jumaat aku memang takde kelas. Aku tido je sepanjang hari. Makanan tengah hari pon kawan aku yang tolong belikan. Tapi tak habis pon sebab tak de selera makan. Aku ingatkan esok paginya dah ok. Tapi hampeh...masih rase pening lagi. Nak pegi Pusat Kesihatan (PK), diorang kate tutup. So, tunggu je la hari isnin. Aku suspek tekanan darah aku rendah.

Hari isnin (semalam laa), aku pegi PK. Doktor check, tekanan darah aku ok..takdelah rendah sangat. Lepastu tengok suhu badan aku, rupanya aku demam tapi tak tinggi la. Mati-mati aku cakap kat dr aku tak demam. Badan aku tak panas pon. Then, dr amik darah aku, kot2 denggi ke...tapi tak jugak. Darah aku normal. Aku pon pelik. Dr kate kalau telinga kita tak balance pon boleh sebabkan pening, mybe la, wallahhualam.

Lepas tu ingat malam tu nak tido awal la..sebab 2-3 hari ni asik tido lambat. Takut la pening lagi kang susah. Tapi....aku kena siapkan proposal. Sampai pukul 4 pagi aku buat. Tak siap-siap jugak. Last2 aku tido...2 jam je. Aku tawakkal la ape nak jadipon kelas pagi tu. Tapi naseb aku dapat bertahan dari tersengguk-senguk,huhu. Alhamdullilah..aku mampu harungi hari ini dengan jayanya :p





p/s: sentiasa cuba tersenyum walau apa pun badai yang datang, ingatlah ALLAH sentiasa ada disisi kamu :p

Thursday, June 16, 2011

Ucapan Selamat Hari Lahir dari Menteri Belia & Sukan

Assalamualaikum…

Hye sume! Hari ni mood aku sangat lah baik. Nak tau kenapa? Sebab harini hari jadi aku yang ke 21 tahun! Hehe..muda lagi, tak lama lagi boleh mengundi sebab dah cukup umor. Korang nak tau tak sapa yang pertama sekali bagi ucapan Selamat Hari Lahir kat aku malam tadi?? Kalau aku cakap mesti korang tak percaya. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan beb! Hahaha..macam ni lah message tersebut:

Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia seperti anda. Salam mesra Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan
16 June 2011    00:02:20

Hihihi..kembang hidung aku baca message ni,dah lah message hari jadi pertama pulak tu. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, yang hantar message dan jugak kawan2 kat fb. Terima kasih atas ucapan & doa kalian semua J

Tuesday, June 14, 2011

Comeback!

Assalamualaikum wbt….


Hye sume! Lame dah aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang contengan. Nak kate sibuk, tak de lah sibuk, aku bukannya kerja…dok rumah jerr. Tapi entah kenapa, tiba2 aku langsung tak de mood nak update blog, nak tulis cerita atau apa2 bentuk penulisan yang aku minat sebelum ni. Aku rasa down sangat..entah kenapa aku rasa macam ni. Aku pun pelik dengan perangai aku yang satu ni, cepat berubah mood..sampai kadang2 aku pun tak tau ape sebabnya. Syukur Alhamdulillah…I’m back!! Nasib baek aku cepat recover dari penyakit “upside-down mood” nih, kalau tak…bersawang lah blog ni.

Jutaan terima kasih buat rakan2 blogger yang sudi singgah di blog ni..saya akan menyusul ke blog anda semua as soon as possible. Terima kasih jugak kepada abang ben, kerana segmen “Ben Ashaari Redah Blog Baru Je”…bilangan follower saya telah meningkat! Kamsahamnida ^_^

Dengan semangat baru ni aku akan berusaha lebih gigih dari sebelum ni. Aku akan cuba sedaya upaya untuk keluar dengan entri-entri yang mantop! Hehe. Sebenarnya..sekarang ni, aku cuba untuk tulis novel..yelah daripada tak de keje cuti2 ni baik aku buat sesuatu yang bermanfaat, betul tak?? Doakan aku berjaya ye kawan2. Walaupun aku tau berapa kerat je yang baca blog aku ni tapi aku akan pastikan suatu hari nanti blog ni akan berada sama level dengan blog2 terkenal.

p/s: mulakan hari anda dengan senyuman..pasti semuanya akan ok! Actually, June & number 6 do cheer me up J

Thursday, April 7, 2011

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway

Assalamualaikum.......


Hye semua, hari ni saya tergerak hati nak join Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway. Rasenye saya adalah antara blogger terlambat untuk join. Bila tengok blog yuyu tadi dah 245 orang blogger yang join. Adakah peluang saya??hehe. Takpe2 mencuba tu xsalah kn. Jangan lah mengalah terlalu cepat. Chaiyok2 zai :))








Minggu ni saya memang bz ngan test, sebab tu la terlambat sikit. Ni la first time saya join benda2 macam ni. Apa yang membuatkan saya tertarik @ tergerak hati nak join benda ni?? Hehe..mestila sebab cik YuyuZulaikha yang comel ni (ayat membodek..huhu). Saya follower blog die ok. Yang paling penting, hadiah yang ditawarkan SANGAT-SANGAT MENARIK! Of course la cekelat Ferrero..takkanlah cekelat cadbury, hehe tajuk pon Ferrero Random GiveAway. So, kepada peminat cekelat ANDA HARUS JOIN [KLIK SINI].


Mula-mula hadiahnye hanyalah cekelat Ferrero..tp kemudian, dapat sponsor plak, TAMBAH LAGI HADIAH! YEAY YEAY! SAYA SUKA BANGAT! Nak tau hadiah ape?

  • skirt ala-ala YUNA (I LIKE!!) tajaan Irdina Qistina Boutique
  • shawl (DOUBLE LIKE!!) tajaan Shawls@AyuCinta, KZNabihah Boutique, ButikPinkKu (ni tambahan untuk  33 pembaca bertuah)
  • Untuk 5 pembaca bertuah: Yuyu akan review blog kite sebanyak 5 kali dalam mase sebulan ( NI I TRIPLE LIKE)
Ha...macam mane menarik kan, hadiah-hadiah tersebut? So apa lagi jom join! Nape saya triple like pasal review blog tu?? Sebab....kiter ni kan blogger BARU, so mestila kiter nak blog kiter femes sikit..hahahaha.

Monday, November 29, 2010

baru!!

Yeah i'm <blink>new</blink> here! akhirnya impian utk memiliki blog tercapai. Dulu xpenah terfikir pn nk ade blog sendiri. Pastu, aku ni plak jenis yg rajin kejap je. Kalo diari 2 aku rajin tulis mase msk thn baru je, sebab 2 ar kalo tegok diari2 aku tarikh 1 jan confirm ade..pastu tarikh2 seterusnya hilang..hahahaha :p. Paling rajin @ senang cite pencapaian terbaik aku dlm menulis diari (xingat tahun bile) adlh smpi pertengahn tahun..hehe. Ok ar tu kan drpd xde. Pastu aku dh malas, sebab 2 ar penutup tahun xpenah aku tulis dlm diari..=)

Tapi kn, semenjak beberapa tahun kebelakangan ni aku dh ter<u>jatuh cinta</u> ngan blog. Berbekalkan azam dan semangat yg jitu (cewahh), aku memulakan lgkh yg pertama untuk membuat blog..kihkihkih. Maka, terhasil ar blog ni :p Memang banyak kekurangan blog ni, yelah aku ni pn bkn la pandai wat benda2 ni..tp insyaAllah aku akn cuba bljr perlahan-lahan. Lame2 nnt pndi ar 2..akhir kata terimalah pantun ni; hehe

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..:p