Sapa yang dah habis guna Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)? Ape..dah lame habis dah? Amboii gelojoh naaa..kihkih. Aku baru guna RM 150..ada lagi RM 100 nih. Fasa pertama aku beli kat rumah, kolopilah. Fasa kedua aku baru beli kat Nilai,hehe. Tapi baucar buku ni sah sehingga 31/5/2013 je tau. Bagi yang belom guna langsung atau tak amik lagi kat uni, silalah berbuat demikian secepat yang mungkin. Bukan ape, rugilah kalau tak amik, dua ratos setengah tu beb. Banyak woo ~~
Aku memang suka membaca, jadi bila kerajaan bagi baucar buku ni rasa macam dapat durian runtuh! Yelah..kalau buku yang beli guna duit sendiri tu tak banyak, bila ada baucar terus koleksi buku jadi banyak. Tau tak aku ada impian. Aku nak rumah aku nanti ada satu perpustakaan mini. Harus! Sebab tu lah aku mula kumpul buku. Tak semua buku tu novel cinta tau. Dah kate suka membaca..jadi aku baca semua genre buku. Motivasi, agama, english novel, semua pun aku suka. Tapi setakat ni aku tak beli novel omputih lagi..nanti baki lagi seratos tu aku plan nak beli novel omputeh pulak.
Ok..kat bawah ni hasil dari fasa pertama
1. Antologi Orang berdosa |
Ok. Buku ni best sangat. Banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari kisah yang diceritakan. Semua sekali ada 5 buah cerpen. Tapi yang paling aku suka adalah cerpen "Dendam Anak-Anakku". Kisahnya, anak-anak lelaki pakcik ni berdendam dengan ayahnya sendiri sebab masa kecik ayahnya sangat tegas dalam bab-bab agama terutama solat. Jadi bila besar diorang dah tak praktikkan semua ajaran ayahnya sebagai tanda protes.
2. Memang Dah Jodoh -Antasya Balkis |
Hurmm..novel ni aku tak habis baca lagi. Bosaaaaaaannn. Huhuhu. Maaf ye penulis. Komen jujur sejujurnya ni. Bukan apa, bagi aku ayat-ayat yang digunakan sangat skema. Jadi dia jadi boring, macam baca buku teks.Huhu. Tapi jalan cerita dia bagus, cuma jangan terlalu skema ye. Maaf lagi sekali, bukan mengutuk, cuma bagi pandangan ^_^
3. Majalah masakan |
Beli buku masakan rajin. Masaknya tak jugak pandai. Hahaha. Takpe-takpe atleast kita berusaha, cewah! Ayat nak sedapkan hati je tu, hihi.
4. Notebook |
Selesai Fasa Pertama. Jom tengok pulak hasil dari Fasa kedua,hihi
1. Projek Memikat Suami |
Ehem...hehe, memang dah lama aim nak beli novel ni sebab penah baca di penulisan2u. Aku suka heroin dia yang buat macam-macam untuk pikat laki dia. Tapi sebenarnya laki dia dah lama tewas pon, cuma ego je.kihkih.
2. Kisah Naz dan Khaalish |
Beli pulak Kisah Naz dan Khaalish, dari penulis yang sama. Aku suka la jalan cerita novel-novel Hanina Abdullah ni..hihi.
3. Biar Bidadari Mencemburui Dirimu |
4. Terjemahan Al-Quran |
Terjemahan Al-Quran ni memang berhajat sangat nak beli. Akhirnya dapat jugak baca terjemahan, supaya faham dan amalkan insyaAllah :)
3 comments:
tahun lepas dapat baucer buku. mmg xtau nak buat apa. sbb xminat novel. last sakali beli barang untuk kegunaan mengajar nanti. itu pun semua ambik yang satu paket sebab nak habis baucer buku cepat2
bestlah dapat voucher buku ni.macam macam buku boleh beli kan :) selamat membaca..ape yang best nanti share :)
wahbestnya jeles betul.awatlah xda baucer buku utk para ibu wink wink ^^
Post a Comment