Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini lagi. Satu lagi tahun untuk ditempuh. Moga tahun ini lebih banyak momen indah bakal tercipta.
Terlebih dahulu, aku mau kongsikan ape azam aku untuk blog PKM ini. Oh terlupa nak bagitau bahawasanya blog ini sudah berusia 2 tahun pada 29 November yang lalu. Yeayyy! Tak sangka dah 2 tahun ye. Alhamdulillah syukur.
Biar aku ceritakan apa azam aku untuk blog ini dulu. Azam peribadi tu kemudian aku cerita ok (aku tau korang taknak tau pon, heh!).
*************************************************************
2013:
1. Banyakkan bilangan entri.
Kalau korang scroll kat ruangan "harta pusaka perempuan kampung ini" boleh tengok sendiri berapa je entri aku dalam setahun. Tak produktif sungguh. Jadi, tahun baru ni aku nak rajinkan diri menulis, insyaallah doakan.
[sumber gambar] |
2. Kalau boleh target tahun ni nak kumpulkan sebanyak 500 follower.
Eh bukan la sampai nak paksa-paksa orang follow. Aku sendiri tak penah guna ayat "i dah follow u, u follow i pulak". Eh takde-takde, not my style. Kalau orang follow blog ni, aku follow balik sebagai tanda terima kasih. Itu aje, tak guna sombong tak bertempat. Aku sedar diri, aku bukan blogger femes sampai nak kena pilih-pilih blog mane yang boleh follow, blog mane yang tak berbaloi nak di follow. Oh tidak! haha.
[sumber gambar] |
3. Nak buat giveaway untuk follower.
Yelah sempena blog PKM berusia 2 tahun, nak la jugak buat something bersama follower. Insyaallah..harap-harap jadi lah hendaknya.
[sumber gambar] |
4. Banyakkan entri yang berinformasi, kearah makanan mungkin.
Memandangkan aku student food tech, apa salahnya berkongsi ilmu ye tak? hehe.
5. Tukar header baru! hihi.
Header sekarang ni pon dah lama jugak aku rasa. Eloklah kalau ditukar. Bukan ape, aku ni cepat bosan.
6. Join event nuffnang.
Aku ada dapat jemputan ke event Samsung aritu..tapi tak dapat la nak join sebab masa tu sibuk dengan FYP. Harap tahun ni, nuffnang sudi jemput lagi *winks*
*****************************************************************
Ok tu je setakat ni azam yang mampu aku pikir untuk blog ni. Selamat malam. Aku nak sambung study ni. Exam start 3hb, doakan aku ye :)
Happy New Year! |
7 comments:
semoga impian tercapai
thanks @Miss Nurun )
Terima kasih atas perkongsian
chaiyyok..semoga bereh semua. dah follow :)
thanks @NJihe.am & @Pemikir
gudluck la yee !! hehe.
smoge terlaksane sgale azam itu :D
Woo...woo , azam tahun baru ni. Mudah-mudahan sukcess.
Post a Comment