Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Monday, December 31, 2012

Kuala Pilah, Here We Come! : Durian Part 2

Assalamualaikum wbt...


Entri ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini [KLIK SINI]. Maaf la ye..entri kali ni akan ade lebih banyak gambar. Ade orang tu suruh letak banyak sikit gambar die, haha.

Tak cukup dengan durian kat rumah aku. Kami pergi pulak kutip durian di dusun aku yang terletak dekat rumah abangku. Haa yang ni adventure sikit sebab kena kutip sendiri. Mase ni hujan renyai-renyai. Tapi ape kami kesah...redah aje! hehe.


Bersiap untuk misi seterusnya!


Tengok view dulu, hehe
Haaa..ade kisah Ima & ayam. So stay tuned!

Actually, rumah abang aku kat seberang rumah aku. Kena naik kereta laa nak pegi walaupun dekat.


Eh eh ade model tak berbayar la :p
Haa..tengok tu yang dah sedia ade. Heaven woo!
Gaya pokcik saya menang moto! haha
Haa yang si Hasrul ni, kemain lagi konon terer lettew dapat durian, tapi bila sekali angin kuat, durian pon melambak-lambak jatuh, haa..ko..lari tak cukup tanah die. Baru die tau langit tu tinggi ke rendah *tetibe* haha.


Ini die wirawati sebenar! haha. Peace yo

Nak tau diorang yang konon-kononnya "excited" nak kutip durian tu buat ape? Hohh..jadi model tak berbayar!


Model rambutan tak berbayar! hah mak aku pon join sekali
Model tak berbayar (2)
Arep- Anggota tambahan 4U2C :p
Haha..menatang tu patot pakai kat pinggang. Tapi..yelah anda pahamlah kan, pinggang beliau "kecik" sangat.. Tu yang terpaksa gantung di leher, muahhahaha. Ubat nyamuk tu abang aku punya, entah macam mane ade kat die,haha.


Model tak berbayar (3)- Motip? :p
Model tak berbayar (4)
Model tak berbayar (5)
Semua jadi model tak berbayar tu sebab takutkan menatang ni lah, LOL
Bergambar bersama sebahagian hasil kutipan durian (bajet masok paper)

Kisah Ima & Ayam:


Eh eh ayamlaaaaaaaa *kejar*
Eh sapo tu? Jakun tak ponah tengok kito ko gak eh anak-anak *larik*(ayam nogori)

Omaakkk! Jangan tiggalkan den, huaaaaa!

Haa den dah jumpo port baik punyo,mosti mokcik Ima tak jumpo! kekeke
Tak dapat ayam, basikal anak buah den pon jadilah :) haha

Sesi memasukkan durian kedalam bonet kereta "comel"
Gambar kenangan sebelum pulang
Eh eh, perjalanan ni tak habis disini aje. Kami balik semula ke rumahku untuk minum petang. Juadah nye, mestilah pengat durian @ kuah durian. Tema durian katenye =.-

Nyam Nyam :)
Makan :)
Hoh "Big" boss khusyuk makan, tak pandang kiri kanan dah! haha
Bekalan untuk balik :D
Terpaksa letak gambar-gambar model tak berbayar, haha.Layankan aje model-model tak berbayar dibawah kerana anda tidak berpeluang untuk melihat mereka dimana-mana majalah atau surat khabar di Malaysia ini, Heh! (Gurau jee..taktau la pulak kan kot-kot ado pulak yang 'terjadi' model. OMG!hahaha)



Model pokok 2012. Itu je yang mampu, heh!
Model pintu pagar 2012 - Selamat Datang :)
Yeay dapat durian!
Model daun 2012
Model topi (1)
Model topi (2)
Model topi (3)
Model orang-orang 2012
Model tangan ntah macam hape + model ubat nyamuk :)
Fuhh..entri paling panjang dan paling banyak gambar, haha. Sehingga kita berjumpa lagi untuk lebih banyak cerita panas dan gosip-gosip hangat pada tahun hadapan, adios! (Heh, bajet pengacara Melodi)


NotaKaki: Selamat tahun baru 2013!




Sunday, December 30, 2012

Kuala Pilah, Here We Come! : Durian Part 1

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu nak minta maaf kat kawanku, Ima atas kelewatan entri ini. Ampun yaa ibukk. Entri ni sepatutnya dibuat pada bulan lepas. Tapi atas faktor kesibukan seorang pelajar tahun akhir ini, maka entri ini tertunggak.

Pernah tak bila anda inginkan atau idamkan sesuatu, anda sanggup ke hujung dunia sekalipun untuk mendapatkannya? (hiperbola sangat, heh!) Jadi inilah yang terjadi untuk entri kali ini. So..stay tuned!

Alkisahnya...aku ditelefoni (ape ayat kau ni?haha) oleh emak dan abangku dari kampung. Emak awal-awal lagi dah bagitau durian kat rumah dah gugur. Tapi beliau tak suruh balik pun. Emak memang macam tu, die mana kasi aku balik rumah kalau setakat balik hujung minggu je :( huhu..kesian kan aku, nak balik rumah pon tak bagi. Tapi kalau cuti sem tu dia bagilah sebab lama sikit kan. Jadi..pada masa tu, aku tak menaruh harapan pon dapat pulang untuk makan durian :(

Tapi..kemudian, abangku pulak telefon dan tanya aku tak nak balik ke makan durian? Durian tengah 'gahat' sekarang ni (maksudnye durian tengah gugur dengan lebatnye,,haha). Kebetulan..masa abangku telefon, Ima (kawanku yang telah di'mention kat atas tu) ada disebelahku. Tiba-tiba, dia pulak excited nak balik ke kampungku untuk makan durian. Fatin, sorang lagi kawanku tiba-tiba excited jugak nak kutip durian! Haaaa..aku ape lagi, excited tak ketentuan hala jugak laaa nak balik rumah makan durian :D

Jadi kami pon buat plan yang baik punye..dengan kawan-kawan yang lain nak balik rumah aku untuk makan durian. Baik tak baik laa plan tu...tiba-tiba dekat dengan hari kejadian, kami semua kena attend satu program wajib fakulti. Damnnn! Tapi..bak kate orang sesuatu niat yang baik tu, pasti Allah akan tunjukkan jalan penyelesaiannya. Akhirnya jadi juga rancangan kami ke Kuala Pilah. Pada awalnya hari Sabtu..tetapi telah ditukar menjadi hari Ahad (25 November 2012). Lepas aje progam..kami terus pecut ke Kuala Pilah. Yeayy!

Kami seramai 9 orang bertolak menaiki 2 dua buah kereta yang "comel" milik Ima & Fara. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ima & Fara *wink*. Sampai juga kami ke Kuala Pilah..lebih kurang pada pukul 2:30 petang. Emak dirumah sudah sedia dengan juadah untuk kami. Special tau ^_^. Nak tau juadah ape yang special tu? Baca sampai habis, kekeke.

Jom layan gambar-gambar di bawah :)

view dari kereta "comel" milik Fara (Jalan naik ke rumahku)


Halaman rumah yang mendamaikan selalu :)
Sampai lah kita ke gambar yang ditunggu-tunggu. Makanan. Yeay! Sampai aje terusss makan ok, hehe.

Ayam masak lomak
Ce teka ce teka :p

Kalau nak tau, lauk diatas adalah.........................daging rusa! hihi. Inilah juadah special tu. Bukan senang nak makan tau. Mula-mula ingatkan nak mintak mak hidangkan Sambal Tempoyak Daun Kayu, juadah femes orang nogori tu. Tapi...kami punya plan kan last minit, mane lah emak sempat nak carik daun kayu. Daun-daun tu dah la susah nak carik, hehe.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Durian time!!!


Tudiaaaa "Big" boss tengah menunjukkan skill membuka durian
Tadaaa!! Dah terbukak dah!
So...apo tunggu laie jang, makanlahhhh! hehe

Hohh muka pelahap giler!
Alaalaaa..gaya duduk paling sopan, kahkahkah
Model durian :) (Nape aku tengok muka aku macam chinese pulak tu, haha)
Mokcik "Hok aloh" pon nak tunjukkan skil die :p
Mokcik "kaki besi" pon tak nak kalah. Tapi dia bukan makan durian pun, heh!
Sesi "minum" air durian. Nak hilangkan panas katenye =.=

Ima-pemilik kereta "comel" 1
Fara-pemilik kereta "comel" 2

Hasilnyaaa...satu besen ko! haha

Ish3 badan kecik, perut besor!haha
Inilah yang tinggal...hehe

Eh eh, jangan ingat entri ini berhenti disini aje. Stay tuned for Part 2 ok. Sesi kutip durian di dusun pulak, hihi.



Thursday, December 20, 2012

FYP Madness!!!

Assalamualaikum wbt..


Just a short entry. Maaf dah lama tak update blog ni. Currently, saya busy dengan FYP. Ohhh FYP madness! Totally in 'serabut' mood.huhu.

******************


Date: 21/12/2012
Important Event: Presentation Final Year Project
Place: A602, FSG
Time: 2.30 pm - 6.00 pm (maybe late)








NotaKaki: Doakan kejayaan saya ok (Y)



Monday, December 10, 2012

Dukunglah Segulung Ijazah Sebelum Mendukung Seorang Anak

Assalamualaikum wbt...


Hamboiii kemain tajuk entri kau Zai! Haa..ekau adoo??? Kahkahkah. Dah lame aku tak gune ayat macam tu. Ingat lagi zaman-zaman sekolah rendah dulu, ayat ni paling femes laaa waa cakap luu.huhu.

Dulu-dulu kan (girls la) suka buat buku biodata. Aku pun salah seorang dari pada mereka-mereka itulah. Nanti pegi kat sorang-sorang kawan suruh dia tulis biodata dalam buku tu. Motip?? Aku pon tak tau..hahaha. Mungkin nak berkenalan lebih rapat kot?

So, bila dah suruh buat biodata ni..masing-masing pon sibuklah nak tulis ayat power-power. Dan...ayat yang paling popular tentulah ayat ni "Dukunglah Segulung Ijazah Sebelum Mendukung Seorang Anak" (konon-konon moto hidup la). Muahahaha. Bila ingat balik aku rasa nak muntah pulak :P

Korang pulak mesti tertanya-tanya ape motip aku letak tajuk yang sikit punya panjang dan gempak tu kan. Haha. Bukan ape, baru-baru ni ade 2 orang kawan aku yang konvo kat UiTM Shah Alam ni. So,aku pon pergilah jumpe mereka. Kebetulan, mereka berdua ni sama fakulti dengan aku. Bezanya aku 4 tahun, diorang 3 tahun. Fuhh heaven..dah konvo :D Aku je yang terkapai-kapai dengan FYP lagi,huhu.


Tahniah Mimi! Luv u :)

Ok, yang atas ni Mimi. Kenal dia sebab dia kawan kepada classmate aku, Ima. Dia baik dan peramah. Sebab tu lah semua classmate kitorang pun kenal dia. Tahniah dah grad Mimi!

Classmate Mimi pernah cakap muka aku macam muka Mimi. Ye ke? Aku rase sebab mase tu aku pakai spek kot. Kalau aku pakai spek muka aku jadi lain sikit. Sebab tu aku tak suka pakai spek, haha. Tapi aku rabunnnnn..contact lense tak berani nak pakai pulop. Aku buat-buat nampak je tu. Kalau ade yang nampak aku tapi aku jalan je buat dunno dan tak tegur korang..jangan cakap aku sombong pulak. Tapi ketahuilah oleh dikau bahawasanya aku rabun.tskkk =.=

Congrats my dear Raihan! Luv u :)
Haa..yang atas ni Raihan. Kenal dia sejak sem 1 lagi. Masa tu kami duduk dekat aras yang sama. Roomate Raihan adalah kawan kepada Roomate aku masa sem 1. Tanpa disangka, aku dan Raihan berjumpa sekali lagi sebab kami masuk badan beruniform yang sama dan membuat keputusan yang sama iaitu dengan menjadi Komander. Then, bila kami menjadi komander kena pindah ke kolej yang dikhaskan untuk komander. Dari situlah aku rapat dengan dia. Dia pernah datang rumah aku 2 kali masa cuti pertengahan sem. Yelah..Raihan ni orang Sarawak. Jadi aku offer la pegi rumah aku. Mak aku pon dah kenal dia.

Alhamdulillah, dapat jugak aku jumpe mak Raihan masa dia konvo tu. Raihan memang mengikut muka mak dia. Sebijik! Bezanya, mak dia rendah dan dia tinggi sikit. Hopefully, satu hari nanti bila aku ke Sarawak boleh la melawat Raihan sekeluarga kat sana.

Aku bagi bunga dan katak yang comel tu kat Raihan. First time aku nampak katak tu terus aku teringat kat dia sebab dulu dia ade tempat letak handphone katak. Comel sangat, sesuai dengan dia, hihi. Hmmm sedihnya..entah bila dapat jumpe Raihan. Sorang kat Semenanjung, sorang kat Sarawak. Tapi takpe..ade jodoh, kita jumpe lagi.


NotaKaki: Aku suka baju yang aku pakai tu..sangat selesa. Pemplum labuh yang boleh cover bahagian punggung :)


Saturday, December 8, 2012

May Our Friendship Last Forever

Assalamualaikum wbt...

I am super duper busy this month! Aku jarang guna perkataan super duper busy, jadi bila aku dah guna perkataan tu bermakna aku betul-betul-betul (baca dengan gaya upin ipin) bizi.

Semuanya bakal berlaku dalam bulan ini. Semua assignmentsss (ade 3 's' sebab ade 3 assignment) kena hantar sebelum study week. Of course lah bulan ni jugak study week. Eh, nak final dah??haha. Dan yang paling penting dan menggerunkan adalah peresentation Final Year Project (FYP) pada 21 December ni. Lebih kurang 13 hari lagi. Tapiiiiiiiiiii....progres kerja aku tersangatlah slow. Masukkan data dalam spss pon tak siap lagi..inikan pulak discussion nye :0 Aduhhhhh parah..parah..aku tak tau apelah nasib aku nanti. Semoga segala-galanya berjalan lancar. Tolong doakan aku ye :D

Despite all of this stress, there are things that made my day. They are my friends. Banyak kenangan manis yang tercipta. Sedar tak sedar, dah 4 tahun kita bersama. Pada satu petang khamis dalam bulan November yang lalu, sepatutnya kami semua ade kelas petang hari tu. Ramai jugak yang dah sampai masa tu. Sampai aje depan kelas kami semua macam "woahhhhhhhhh purpleeeeeeeeee" Haha. Accidently, without planning kami TERpakai baju dan tudung yang sama warna. Sepatutnya haritu ade 4 orang yang akan present, jadi memang diorang merancang pakai warna purple..tapi kami yang lain memang tak tahu menahu pon. Main pakai je..tak tahu pulak boleh sama dengan semua. Tapi malangnya haritu kelas cancel last minute. Jadi bila tahu class cancel, kami hanya senyum.tak.perlu.kata.apa.apa :D




Suratan atau kebetulan :P




Saturday, December 1, 2012

Giveaway For Followers blog fizgraphic.com, azhafizah.com, duniashida.com & kisahemasputih.com

Assalamualaikum wbt...


Pagi ni jalan-jalan ke blog azhafizah.com dan terbaca tentang giveaway ni. Gabungan 4 blogger lagi u..hehe. Hadiah pon best jugak. Tiba-tiba hati melonjak-lonjak nak join. Maka, dengan itu terhasillah entri ini sebagai salah satu syarat penyertaan. Senang je syarat-syarat nak join GA ni.

1. Buat satu entry dan letakkan banner GA (backlink)



2. Letak link sponsor (fizgraphic.com, azhafizah.com, duniashida.com & kisahemasputih.com) di bloglist & adalah lebih baik follow la blog mereka.

3. Publish entri dan letakkan link di comment entri [KAT SINI]