Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, August 2, 2011

Diari Ramadhan #1

Assalamualaikum wbt…

Hye sume! Apa khabar? Selamat Menyambut Ramadhan al- Mubarak diucapkan kepada semua pembaca blog perempuankampungmoden.blogspot.com dan rakan2 blogger sekalian. Macam mane dengan hari pertama puasa semalam? Ada sesape yang TERbuka atau TER… TER… yang laen ke?? Harap2 jangan lah ye J

Ape menu berbuka puasa semalam? Juadah berbuka puasa aku hanyalah sup udang, rendang ayam dan mee goreng. Tak beli ape2 juadah pon di bazaar ramadhan, cukuplah dengan ape yang ada di rumah. Lagipun, aku hanya tinggal berdua dengan mak. Buat ape nak sediakan banyak sangat makanan kan..nanti tak habis pulak, membazir je. Tak baik membazir di bulan yang mulia ni!

Ape yang aku nak cerita dalam entri kali ni adalah pasal kariah masjid di kampung aku yang terchenta ini..hihi. Satu perubahan yang membanggakan aku bila melihat ramai kariah yang bersama-sama mengimarahkan masjid selama 2 malam ni untuk menunaikan solat terawikh secara berjemaah.

Tahun ni berbeza sangat berbanding tahun2 yang lalu. Kalau dulu, perempuan hanya 1 saf ke 2 saf je…tapi kali ni sampai 3 saf (masjid kampung aku ni tak lah besar mane). Alhamdulillah syukur..ahli2 kariah yang tak pernah nampak di masjid sebelum ni pon turut hadir bersama-sama kali ni.

Satu lagi yang membawa kepada pertambahan ahli kariah ni adalah disebabkan oleh budak2. Selalunya hanya orang2 dewasa yang datang ke masjid..tapi malam tadi ramai jugak la budak2 yang datang, termasuklah anak buah aku. Maka, pada tahun ni bertiga lah kami naek motor. Terpaksalah aku menjemput anak buah aku ni sebelum ke masjid. Tapi tak pe lah..yang penting dia nak ke masjid kan.

p/s: Selamat menyambut pesta ibadat ye..bukan pesta makanan tau! Rajin-rajin kan lah diri solat terawikh berjemaah di masjid2 berhampiran (ingatan untuk diri sendiri jugak)








Pesanan Salam Ramadhan ini dibawakan oleh perempuankampungmoden.blogspot.com